Jan 14, 2013

Dulu di Semenanjung. Sekarang ia melanda Kepulauan Borneo .



Ambik kau gedabak aku bagi. Hahahaha.

Bulan lepas, hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia mengalami Musim Tengkujuh yang agak teruk. Kadar penduduk yang berpindah akibat banjir meningkat. Tapi Alhamdulillah semua sudah berakhir, bukan ?

Sekarang ia sudah muncul di Kepulauan Borneo. Sejak petang semalam sehingga malam nie jam 20.44 hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Sampaikan jiran depan rumah tak bukak tingkap langsung hari nie. Satu perubahan yang drastik. Biasa dapat tengok tayangan free. Hari nie tutup pulak. kehkehkeh.

Kawan aku cakap tadi, yang mana beliau berasal dari sabah, kebiasaan musim Tengkujuh disini akan bermula bila musim Tengkujuh di Semenanjung berakhir. Agak teruk juga Tengkujuh disini. Hujan jarang - jarang berhenti. Tetapi tidak seteruk di Semenanjung. Banjir ada juga berlaku, tapi sesetengah tempat sahaja seperti Beufort. Oleh kerana kebanyakan tempat kat sini tinggi - tinggi semua, jadi susah untuk ditenggelami air. Alhamdulillah. Kadar kebimbangan dalam diri turun 50 peratus.

Tapi ape yang masih dibimbang lagi disini adalah jalanraya. Ya jalanraya. Aku menggunakan jalanraya yang sibuk seperti di Kuala Lumpur untuk pergi dan balik dari kelas hampir setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Keadaan jalanraya disini tidak sama seperti disemenanjung. Itu yang membuat hati ini bimbang. Cewah.

Kawan - kawan. Doakanlah ye.

Ya Allah. Selamatkanlah Tuan punya blog nie dari bala bencana Mu Ya Allah. Tempatkanlah beliau dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah.

Terima Kasih Daun keladi lah semua blako - blako deh. Muahhh! hehe.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...