Jan 14, 2013

Pembukaan 2013

Bismillah. Assalamualaikum abang-abang dan kakak-kakak.

Bagi tahun 2013, pembukaan karya saya kat blog ini adalah dengan menjawab pertanyaan Tuan empunya blog ni. Hehe.

# Kenapa tak update blog dah sekarang ? Macam hangat-hangat tahik ayam je buat keje ?

  • Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati gas oksigen pada tahun ni. Dah masuk tahun kedua saya kat universiti bagi yang dah tahu siapa identiti saya kat blog ni.
  • Alhamdulillah jugak sebab result sem lepas bagus dan memenuhi kriteria.
Saya lama tak muncul dan menyumbangkan hasil disini atas sebab-sebab yang agak munasabah. Nanti saya gitau apa yang saya dapat dan diajar oleh tuan blog ni supaya boleh update blog.

Sebenarnya saya tak pandai nak tulis dan hasilkan karya dalam laman blogger walaupun saya belajar kesusasteraan. Masa juga menjadi salah satu punca utamanya. Tapi Alhamdulillah saudara Hafiz dah gitau saya sikit sebanyak apa yang patut. Beberapa hari yang lepas, saya ade membaca blog-blog yang disyorkan oleh beliau. Betol kata beliau, blog bukan saja tempat untuk bersosial, tapi ade blogger mengajar kita secara tidak langsung.

Contohnya blog Kak Zara ( Dunia Sebelah Zara ). Bagi sesiapa peminat sastera, blog dia sangat bagus. Dari segi penulisan, idea dan kandungannya. Sangat puitis dan banyak menggunakan Bahasa Melayu yang asli. Itu yang saya lihat. Saya dah mula suka blog Kak Zara. Satu lagi blog Ben Ashaari. Satu blog yang ringkas dan padat. Banyak juga pengetahuan tentang bumi kat situ.

Nanti nak cuba buat blog macam tu. Hehe :)








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...