Jan 11, 2013

Wajarkah kaum Wanita bersikap begini ?

Jumaat.
"Ini kali pertama dalam hidup aku hari Jumaat aku belajar. Sebab selalu di Pantai Timur. Hehe."

Kebiasaan hari Jumaat aku akan rehat selama Dua jam setengah. Bermula dari pukul 12 tengahari sehingga 2 setengah. Usai Solat Jumaat tadi aku balik ke kelas dan melelapkan mata buat seketika. Bila bangun kawan - kawan seangkatan ajak keluar jup lepak sambil isap rokok. Aku just follow walaupom aku tak merokok. Biasalah tu, masuk kandang kambing kita 'mengembek', masuk kandang rimau kita mampus. Ye dak?

Mase tengah duk lepak reramai tu sambil kawan - kawan seangkatan isap rokok, ade sorang wanita dalam lingkungan 20an keluar jugak. Senior aku kos lain kot. Cantik. Muka manis, badan menarik. Aku sebagai lelaki memang rasa tertarik. Semua angkatan aku kat situ tengok.

Wanita tu berjalan pergi kat kawan laki die, meja bersebelahan kami.

Wanita : Baru mulih jumaat kamu ?

Lelaki : Bha.

Wanita : Kamu ada ROKOK ndak ? Mintak sebatang.

Bila aku dengar kata - kata wanita tu, berderau darah aku naik. Mata aku yang syok duk tatap die tadi beralih ke arah kawan aku. Kawan aku senyum. Dan berbisik kat aku.

"Kalau macam nie, ayat manis tak akan makan, tak akan dapat."

Kata - kata tu aku baru je nak gitau die, tapi die lebih alert dari aku. Tersenyum aku. Bila tengok seangkatan, diorang seolah - olah faham ape yang aku maksudkan. Dan di situlah dosa mula berlaku. Seangkatan duk kutuk wanita berkenaan. Poor her. Muahahaha.

So, persoalannya disini, wajarkah wanita berkenaan dengan caranya yang sedemikian ?

Bagi aku, tak wajar. Merokok bukan gaya wanita. Ops, maafkan. Merokok bukan sesuatu yang wajar untuk manusia, tetapi dalam persoalan ini, tidak wajar wanita bersikap demikian. Lelaki. Ye aku seorang lelaki yang diberi anugerah oleh Yang Maha Esa untuk mengagumi wanita di muka bumi untuk dihormati dan disayangi akan rase menyampah, benci, kurang sopan, kurang didikan, terlalu sosial, tiada disiplin.

Betol, hak wanita itu. Tapi ini soal pandangan Kaum Adam. Kawan -kawan wanita aku kat luar sana, tolonglah jangan bersikap demikian. Dengan berbesar hatinya aku akan remove korang dalam hidup aku tanpa segan dan silu. Muehehe.

Nie je yang nak aku sampaikan. Takot banyak - banyak nanti kena baling pulak aku. Hehe. Jangan marah na.

* Mulih - Balik.

*********************************************************************************

Sekadar Renungan :

Is : Bro, aku selalu lalai tuk solat la. Macam mana nak disiplinkan diri meyh ?
Os : Emm. Solat nie wajib. Usahakan lah.
Is : Ye aku tahu. Tapi asyik lalai je.
Os : Aku ade petua yang aku sendiri buat sebelum aku jadi macam nie. Alhamdulillah.

* Kau cuba jangan tinggal solat untuk tiga hari, cuba jugak walau sakit macam mana pom. Selepas kau berjaya, 7 hari pulak, lepas tu 2 minggu. Kemudian teruskan, InsyaAllah kau akan rasa kemanisan dan ada disiplin diri dalam solat.

Is : Ohh. Oke. TQ ye Os.
Os : Same - same. Semoga berjaya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...