Jan 2, 2013

Aku Tolak Pegawai Bank Dengan Selamber !

Assalamualaikum dan salam tahun baru seme blake awok - awok sekaliang !

Alhamdulillah. Terima kasih 2012 untuk memori yang indah. Selamat datang 2013 .

Hari nie tanggal 02 Jan 2013. Hari yang agak memenatkan dan memeningkan. Tapi Alhamdulillah aku dapat atasi kerana iringan doa kawan - kawan semua. Pagi tadi aku dapat satu panggilan penting sewaktu aku berada dalam kelas. Berlaku sedikit kekalutan disitu.

Jam 9.30, henset dalam poket bergetar - getar mintak diangkat. Bila aku tengok nombor pejabat yang naik. Pejabat mane aku tak tahu.

Pejabat : Hello Assalamualaikum .

Aku : Waalaikumussalam .

Pejabat : Emm. Encik Muhammad Hafiz ada ?

Aku : Ye saya ?

Pejabat : Saya dari Bank ###### cawangan Kuala Terengganu telah menerima permohonan kekosongan jawatan di Bank kami daripada encik. Setelah diteliti, kami ingin menawarkan kekosongan jawatan tersebut kepada encik tanpa sebarang proses temuduga kedua kerana kelulusan encik memenuhi kreatiria.

Aku : Err? Emm. Alhamdulillah. Tapi saya memohon maaf kerana terpaksa menolak tawaran tersebut.

Pejabat : Kenapa ye encik? Adakah kerana gaji? kalau sebab gaji, encik boleh datang pejabat saya dan kita boleh bincangkan lagi.

Aku : Bukan Tuan. Saya dah terima tawaran daripada kerajaan untuk sambung pengajian saya.

Pejabat : Ohh. Oke. Kalau daripada kerajaan saya tak boleh berbuat apa lah. Boleh saya tahu dimana encik belajar ?

Aku : Di Sabah tuan. MINDT dengan kerjasama SSTC.

Pejabat : Baiklah kalau begitu. Saya ucapkan terima kasih kepada encik kerana sudi memohon. Semoga maju jaya . Assalamualaikum.

Fuhh . Fuhh . Fuhh . Aku rase macam nak keluar kelas dan jerit sekuat - kuatnya. Ohdem ohdem ohdem.
Dan aku sangat berharap bahawa Allah ade sesuatu rancangan yang lebih baik untuk aku.
Ohyeahh !

Kata - kata seorang sahabat tadi .
 " Ala Fizz. Kau dah masuk belajar orang baru tawarkan kerja. Aku nie, sebelum belajar aku dah decline awal - awal sebab nak belajar nie. Chill bro. Nanti adelah rezeki lain. InsyaAllah. "

Dan aku rasa aku tak buat silap untuk kali ini. InsyaAllah .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...