Aku bukan nak kutuk warga negara aku sendiri. Tak kira Melayu, Cina, India atau papelah. Aku bercakap atas dasar sifat keprihatinan. Malam tadi lepas aku balik kerja aku terus pergi ATM tuk keluarkan sedikit duet.
Lepas aku keluarkan duet dan berjalan pulang ke rumah, aku nampak tiga orang pemuda yang tengah bawak bagasi alatan menukang kalau aku tak silap. Yang sorang tu letak bagasi tu atas bahu. Diorang baru nak naek tangga bergerak kat sebuah Mall. Kat belakang mereka ramai warga Malaysia beratur nak naek jugak.
Mase aku baru nak lepasi tiang besar, aku dengar suara manusia ibarat dalam kesusahan. " Eh eh eh." Suara ala-ala kalut sikit. DAN aku nampak pemuda yang bawak bagasi kat atas bahu tu tengah cibit bagasi tu macam nak terlepas. Memang nak terlepas pom. Kaki atas tangga, tangan yang pegang bagasi tu kat tepi selepas pemegang tangga bergerak tu. Kalau terjatuh memang berkecai bagasi tu. Semua orang kat belakang dia berundur sambil buat muka terkejut. Naseb baek baru naek 2 3 mata tangga.
Kawan die tak dapat nak tolong sebab dah jauh kat atas. Tinggal die sorang terkontang-kanting menahan bagasi tu daripada jatuh sambil mengundur. Kesian aku tengok.
Yang aku peliknya, kenapa orang kat belakang die tak dapat nak tolong langsung? Takut tangan kotor? Yelah bagasi tu nampak kotor sikit. Semua pakat buat mula terkejut. Kaget kat tempat masing-masing.
Aku pom mempercepatkan langkah tuk ambil bagasi tu. Alamakaihh. Berat dowhh. Nak melecet jugaklah tangan aku nie. Lepas tu baru pemuda tu turun daripada tangga bergerak tu. Tadi dia xdapat nak turun sebab kasut die tercabut, bagasi berat campur kalut sikit. Aku pasti dalam hati die mesti berharap sangat ade orang tolong sambut bende kat tangan die tu.
Lepas die turun dan pergi kat aku, dia bersuara. " Bang, sori bang, berat. Tak boleh imbang. Terima kasih ya."
Laa. Mat indon rupanya. Aku tanyalah sepatah dua oke ke tak. Dia cakap okey cuma tangan dia kebas sikit.
Bagasi die tu berat dalam 5 6 kilo kot. Tapi, jika dah lama angkat sesuatu nie, benda yang ringan pom boleh jadi berat. Kalau tak percaya tanya lah Abg Ben Ashaari tu hari-hari angkat besi. Mesti dia tahu keadaan macam mana. Tak gitu Abg Ben?
Bila aku tengok manusia-manusia tadi naek tangga bergerak tu, semua buat-buat tak nampak. Begitulah sikap warga kita ya?
Aku tepuk bahu dia dua kali, pesan suruh hati-hati dan aku blah. Aku tengok atas kawan dia angkat tangan tanda terima kasih.
Nota kaki : Walaupun siapa pom dalam kesusahan, kita yang terdekat nie hulur-hulurlah bantuan sikit. Jangan buat tak tahu je. Kate Satu Malaysia. Tak kan nak buat hal masing-masing je? Nanti mati kita nak gali kubur sendiri dan kambus sendiri ke? Fikir-fikirkanlah.
Aug 1, 2012
Jul 28, 2012
Berfikir sejenak sebelum tidur.
Ya. Cuba kita berfikir sejenak sebelum melelapkan mata. Maksud aku fikir pasal dosa yang telah kita lakukan hari nie. Ya Allah banyaknya!
So wahai sahabat. Beristighfar dan selawatlah ke atas Nabi Muhammad junjungan mulia. Pagi esok bangun jangan lupa doa taubat tau!
Selamat.
So wahai sahabat. Beristighfar dan selawatlah ke atas Nabi Muhammad junjungan mulia. Pagi esok bangun jangan lupa doa taubat tau!
Selamat.
Jul 9, 2012
#5 perkara membuatkan kita macam orang bodoh .
#1
Kite sedang berSMS dengan kawan kita dan mula termenung apabila selesai berSMS. Apabila terbangun dari lamunan, kita mula mencari handphone kita yang berada pada tangan kita dalam keadaan kelam kabut. Semua diselaknya, bawah tilam, bawah bantal, bawah selimut. Yang paling sadis, kita ke hulu ke hilir mencari. Bila sedar handphone ade kat tangan, mula tarik nafas lega dan berkata,
" Bodohnye aku nie. "
#2
Sedang dengar lagu dengan earphone dan terlelap buat seketika. Bila bangun earphone tercabut dari telinga. Bendalah yang ade kat earphone tu tercabut dan hilang. Kita mula cari merata-rata. Bila sedar, bendalah tu ade kat telinga kita.
" Esh, kat sini kau. Bodohnya aku nie. "
#3
Kat kelas. Sedang asyik menulis tiba-tiba kawan datang ajak bersembang. Tengah bersembang fikiran kita terbahagi dua. Satu dengar kawan sembang, satu lagi duk tengok apa yang kita tulis. Lepas tu selit pen kat celah telinga. Lama bersembang, bila nak sambung menulis kita mula tercari-cari pen. Habes satu kelas kita tanya kat mane pen. Lepas tu kawan tegur kat telinga kita tu ape?
" Bodohnya aku nie. "
#4
Kat dalam dompet ade Not 10 ringgit tiga keping. Pagi tadi kita tengok ade tiga keping. Tengahari pulak kita pergi ke cafe dan berbelanja sepuluh ringgit. Bila petang kita buka dompet, tengok tinggal dua keping. Mula gelabah duet kita hilang dan bagitau kawan-kawan duet kita hilang sepuluh ringgit. Bila datang akal tuk berfikir, kita cuba berfikir sejenak dan baru sedar kita dah belanja duet sepuluh ringgit tu.
" Bodohnya aku nie. "
#5
Naek motor pergi ke kedai dengan kawan. Bila sampai, dua-dua turun pergi kedai. Bila nak balik kita start motor dan tunggu kawan naek. Kita masukkan gear satu dan jalan. Kita mula berborak kosong dengan kawan belakang. Bila kita tanya soalan, kawan kat belakang senyap. Kita pusing belakang tengok kawan kita tak ada. Mula tersenyum sorang-sorang sambil fikir, " Bodohnye aku nie boleh tak perasan kawan aku tak naek lagi." Pastu pusing balik pergi amek kawan.
Haffez : Korang mesti dah lalui semua ini kan? hahahaha. OMG. OMG. OMG.
Jul 8, 2012
Lawak Bodoh Tuk Hari Ini.
Ahad bersamaan 8hb Julai 2012. Bertempat di dalam tandas bilik 126. Pada pukul 1pm. Mangsa ialah Muhammad Hafiz Bukhari a.k.a AKU. Tok Dalangnya Senior sejam. Kenapa aku panggil die senior sejam sebab die masok sejam lebih awal daripada aku dalam bilik aku sekarang masa hari daftar dulu. ---
Memang akan aku ingat perkara diatas sampai dia pom terkena sekali.
Ade ke patut die campur pati teh sabah sebanyak suku gelas dalam shampoo aku. Patutlah aku mandi tadi ade bau teh semerbak. Puii.
Memang akan aku ingat perkara diatas sampai dia pom terkena sekali.
Ade ke patut die campur pati teh sabah sebanyak suku gelas dalam shampoo aku. Patutlah aku mandi tadi ade bau teh semerbak. Puii.
Bila dah kena batang hidung sendiri baru tahu nak berfikir . .
Kita sekarang kalau sesuatu perkara yang jadi kat diri kita sendiri baru kita tahu nak fikir benda yang kita buat selama nie betol ke salah. Menyusahkan orang ke tidak. kan?
Manusia, biasa lah tuu.
Aku bercakap pasal parking kereta. Kalau korang parking kereta g kerja, nak balik jadi macam nie hah. Nak mengundur tak boleh, nak mara tak boleh. Kalau boleh nak angkat kereta. Bikin hati panas tak? Kita selalu buat jugak kan? " Tak pe, sekejup je aku nak parking nie." Kita tak fikir pom pasal tuan punye kereta laen. Ye tak tuan-tuan? huhu.
Kadang-kadang kalau dah terdesak sangat nak parking kereta takut kena saman dengan perbandaran, sanggup keluar ikot tingkap. Tak kan tak pernah buat kot? kihkihkih. Sayang nak cari tempat yang elok sikit. Kalau dah rope ini, kereta tercalar sikit pom takpe. Asal perbandaran tak saman. FAIL!
Bila kereta dah calar, mula lah nak maki kereta sebelah. FAIL!
Bile orang tanye nape korang sanggup buat camgitu?
"Alah chott, tak tengok parking lot tu dah penuh?"
Alahai, kesiannye.
Bila orang parking kereta mereka depan atau belakang kite punya kereta, bende yang kita nak cepat jadi lambat. Contoh kalau kita tinggal kat rumah flat. Orang parking macam tu hah. Isteri kita nak bersalin atau anak kita sakit, nak tolak kereta kat belakang kita tu? Larat ke kita? So, fikir-fikirkan lahh.
Aku rasa Kerajaan Malaysia patut buat parking macam nie lah. Baru lah orang tak dapat nak parking kat bontot atau kat depan. Romentik sikit. Sesak pom tak. hehe.
Haffez : Kalau dah terdesak nak parking depan atau belakang kereta orang tu, tinggalkanlah contact number kat cermin kereta tu. Biar orang senang nak contact bile nak keluarkan kereta mereka. Tak gitu chott?
Jul 7, 2012
Jangan menilai manusia sekarang dengan pandangan luaran sahaja.
Pada zaman moden serba maju dan serba cukup nie. Semua benda dah berubah. Termasuk manusia sekali dah berubah. Yang pompuan nak jadi laki, yang laki nak jadi pompuan.
. . . . Apa benar nie ahli nujum?
Betol lahh. Cube korang tengok sekeliling. Kalau lelaki, badan dah tough giler, muka macho, rambut up-to-date, pakaian gempak, suara pehh gentle giler, ade lah sifat kelakian tu. Tapi bila jalan, puii. FAIL!
" Bos ade pen tak?" Suara lelaki asli keluar. Tengok sekali memang lelaki sejati.
Tapi bila bangun nak pergi toilet. Tangan patah, punggung melenggang - lenggok siap bercat-walk. FAIL! FAIL! FAIL!
Kalau yang pompuan pulak. Yang tak bertudung tu memang kita boleh tengok la macam mana. Tapi ini yang bertudung bai. Pakaian cantik je. Kemas. Mengikut trend sekarang lah kate orang. Tapi bila kita nie lelaki pergi dekat dengan die cuba tuk mengayat, baru kau tahu disebalik mee kari tu ada udang.
" Cantik awak nie, nak pergi mana?"
"Ehh? ape nie? nak mengorat la tu. Bro, gua tak maen lah jantan-jantan, bro. Not my taste."
Sekali pompuan yang lagi cantik datang.
"Bang, sori lambat. Ayang pergi toilet tadi."
Korang rase pada zaman sekarang, sifat luaran tu boleh pakai lagi ke? Aku rasa dah tak boleh pakai kot. Sekarang, nak nilai seseorang kena kenal betol-betol dulu baru boleh mengeluarkan statement maut. Kalau tak jauh bara dari api. Laen yang kita cakap kita nilai, laen yang jadi. Kan?
Fikir-fikirkan lah sedaree~
Nota Kaki : Kita dah berada kat akhir zaman nie. Korang sedar tak kawan-kawan? Kalau tak sedar lagi tu bangun-bangun la oii.
Haffez : Aku bukan buat tuduhan melulu nie. Ini melalui pengalaman. Seseorang tidak boleh bercakap tentang sesuatu perkara tanpa melaluinya.
Jul 6, 2012
Doktor diperlukan SEGERA.
Memang sejak lima bulan yang lepas lagi aku memerlukan Doktor yang berkaliber tinggi. Tapi asyik delay, delay dan delay. Amboii dah macam flight nak delay.
Dan sekarang, oleh kerana faktor delay berkenaan. Perkara yang mungkin dahulunya boleh dicegah kini tidak boleh diselamatkan lagi. Hanya boleh diselamatkan jika dioverall semula. Huh, sedih.
Laptop aku nie sebenarnya dah nazak tahap cipanzi dah. Nak start ambil masa lima minit baru window bangun. Nak bukak folder ambil masa 2 minit baru terbukak. Tengok movie dah macam tengok videoclip dalam Youtube. Lekat, lekat dan lekat.
Ade sape-sape kat sini yang tahu penyakitnya? Antara dijangkiti virus atau 'hardware problem'. Semalam aku pergi ke kedai laptop kat sini, hajatnya nak format balik. Tapi bila tanya harga, RM100 sekali format.
. . . . . . . . Choiiii! mahal nak mampos.
Mintak tolong sape-sape yang tahu penyakitnya. PM lah aku yer. Mintak tolong ikhlas nie. Ohh lupe nak cakap. Sejak beberapa bulan yang lalu. Aku memang tak pakai antivirus. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)







