Jul 6, 2012

Doktor diperlukan SEGERA.

Memang sejak lima bulan yang lepas lagi aku memerlukan Doktor yang berkaliber tinggi. Tapi asyik delay, delay dan delay. Amboii dah macam flight nak delay.

Dan sekarang, oleh kerana faktor delay berkenaan. Perkara yang mungkin dahulunya boleh dicegah kini tidak boleh diselamatkan lagi. Hanya boleh diselamatkan jika dioverall semula. Huh, sedih.

Laptop aku nie sebenarnya dah nazak tahap cipanzi dah. Nak start ambil masa lima minit baru window bangun. Nak bukak folder ambil masa 2 minit baru terbukak. Tengok movie dah macam tengok videoclip dalam Youtube. Lekat, lekat dan lekat.

Ade sape-sape kat sini yang tahu penyakitnya? Antara dijangkiti virus atau 'hardware problem'. Semalam aku pergi ke kedai laptop kat sini, hajatnya nak format balik. Tapi bila tanya harga, RM100 sekali format. 
. . . . . . . . Choiiii! mahal nak mampos. 

Mintak tolong sape-sape yang tahu penyakitnya. PM lah aku yer. Mintak tolong ikhlas nie. Ohh lupe nak cakap. Sejak beberapa bulan yang lalu. Aku memang tak pakai antivirus. Sekian.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...