Jul 7, 2012

Jangan menilai manusia sekarang dengan pandangan luaran sahaja.

Pada zaman moden serba maju dan serba cukup nie. Semua benda dah berubah. Termasuk manusia sekali dah berubah. Yang pompuan nak jadi laki, yang laki nak jadi pompuan.

. . . . Apa benar nie ahli nujum?

Betol lahh. Cube korang tengok sekeliling. Kalau lelaki, badan dah tough giler, muka macho, rambut up-to-date, pakaian gempak, suara pehh gentle giler, ade lah sifat kelakian tu. Tapi bila jalan, puii. FAIL!

" Bos ade pen tak?" Suara lelaki asli keluar. Tengok sekali memang lelaki sejati. 

Tapi bila bangun nak pergi toilet. Tangan patah, punggung melenggang - lenggok siap bercat-walk. FAIL! FAIL! FAIL!

Kalau yang pompuan pulak. Yang tak bertudung tu memang kita boleh tengok la macam mana. Tapi ini yang bertudung bai. Pakaian cantik je. Kemas. Mengikut trend sekarang lah kate orang. Tapi bila kita nie lelaki pergi dekat dengan die cuba tuk mengayat, baru kau tahu disebalik mee kari tu ada udang.

" Cantik awak nie, nak pergi mana?"

"Ehh? ape nie? nak mengorat la tu. Bro, gua tak maen lah jantan-jantan, bro. Not my taste."
Sekali pompuan yang lagi cantik datang. 

"Bang, sori lambat. Ayang pergi toilet tadi."

Hah. Kang dah terbeliak bijik mate aku.

Korang rase pada zaman sekarang, sifat luaran tu boleh pakai lagi ke? Aku rasa dah tak boleh pakai kot. Sekarang, nak nilai seseorang kena kenal betol-betol dulu baru boleh mengeluarkan statement maut. Kalau tak jauh bara dari api. Laen yang kita cakap kita nilai, laen yang jadi. Kan?

Fikir-fikirkan lah sedaree~



Nota Kaki : Kita dah berada kat akhir zaman nie. Korang sedar tak kawan-kawan? Kalau tak sedar lagi tu bangun-bangun la oii.

Haffez : Aku bukan buat tuduhan melulu nie. Ini melalui pengalaman. Seseorang tidak boleh bercakap tentang sesuatu perkara tanpa melaluinya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...