Feb 23, 2012

Bawak Toyota Camry Doktor terr.

Wahh. Hari nie Bos aku dapat angin ape pom aku tak tahu. Dengan bersahaja beliau berkata.

" Haffez jom ikot aku. Aku nak ajar kau bawak kete aku."

Haha.

Agak memeranjatkanlah. Secara tiba-tiba perasaan aneh datang dalam benak sanubari aku. Tapi kan. Seronok jugak tau bawak kereta besau-besau nih. Fuhh. Suspension mantop! Kalau minyak banyak tadi mau satu kemaman nie aku pusing. haha.

Yelah. Nak kate aku tak pernah naek kereta mewah, menipu. Selalu je aku naek. Tapi kali nie jadi pemandu. Fuuu. Terjangkau fikiranku. kekeke.




Tadi naek kereta nie. best! best! best!
.......





Tapi aku ade dengar Bos aku nak angkat kereta nie pulak. VW Golf GTI. Pehh!
Tak mustahil aku boleh bawak kereta nie pulak. haha.
Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar.











Nota Kaki : Aku rase niat bos aku ajar bawak kereta dia bukan ape. Mungkin nak suruh aku ambil tender pemandu pulak kot. Tak payah susah-susah die bawak sendiri. huahuahua.

Tolong Selamatkan Anak Kucing!




Memang dasyat peristiwa semalam. Hitam. Memang aku akan rase bersalah yang teramat sangat jika empat ekor anak kucing tadi tak dapat diselamatkan. Aku akan rasa bersalah sampai mati.

Korang bayangkanlah, niat murni korang bersama kawan korang untuk membakar rumput-rumput kering dihalaman rumah tinggal milik abang kawan korang dipenuhi anak-anak kucing. Tapi korang tak perasan. Bila api dah dinyalakan dan ada ura-ura semakin marak baru korang terdengar jeritan anak-anak kucing tadi. Ape yang korang akan rasa? Bersalah tak?
Test hati korang, kalau tak rase ape-ape maknanya hati korang dah mati. Perbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. InsyaAllah.

Berbalik pada topik aku.
Ya. Bila api dah marak baru kitorang perasan ade anak-anak kucing dalam timbunan rumput kering tu. Ape lagi, kawan aku berlari sambar getah paip air yang berhampiran untuk padam api. Tapi mase tu pulak air slow. Bayangkan api yang tengah marak nak dipadamkan dengan air yang perlahan giler. Kawan aku dah panik, tak tahu ape lagi yang boleh membantu. Aku hanya mampu mengambil sebatang kayu yang panjang untuk menolak bara-bara api ke tempat lain.

Tapi Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, anak-anak kucing tadi berjalan keluar daripada api berkenaan. Mase tu lah kitorang ambil anak-anak kucing bawak pergi ke tempat yang selamat. Syukur. Walaupom tangan aku melecur sedikit terkena api. Huhu.


Nota Kaki : Kucing juga makhluk Allah. Antara haiwan yang mulia. Perliharalah mereka dengan sebaek-baeknya. InsyaAllah akan diberkati Allah.

Feb 21, 2012

Kawan sekadar kawan.


Ape maksud "Kawan" bagi korang?
.
.
.
.
.
.
Aku kan, tension betol bile aku tanye soalan tapi tadek sape nak jawab. hangin satu badan.

Hari Sabtu lepas bersamaan 18 Februari 2012, rumah nenek aku ade buat kenduri menyambut menantu bapak saudare aku. Persiapan semua complete. Tapi ade la jugak yang tak complete mane. huhu. Seminggu sebelum majlis dijalankan, aku dah kerahkan tenaga-tenaga buruh ( kawan-kawan sekampung ) tuk tolong buat persiapan sehari sebelum dan pada hari dilangsungkan. Memang aku memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Tapi ape yang aku dapat dari kawan-kawan aku yang baek dan "membantu"? 

Sehari sebelum majlis dilangsungkan, batang hidung langsung tak nampak. Ade yang lalu, tapi sekadar mengangkat muka. Tak kan aku nak panggil, suruh tolong kan? Sendiri mau ingat lah. Dah aku ingatkan sebelum itu.

Mase sembahyang Jumaat tu, aku dah pesan kat semua, "Datang lah umah aku nanti tolong ape patut. Tenaga muda tak cukup lah". Tapi takdek seko pom yang muncul. Hampeh. Kot-kot la nak tolong kawan buat ape yang patut. Tapi masing-masing membatu dalam rumah. Sibuk nye korang.

Hari berlangsungnya majlis lagi hebat. Seawal 6 pagi aku bangun walaupom semalaman aku tak tidor jage barang-barang. Dari pagi sampai ke acara penutut, hanya empat lima orang je kawan-kawan sampai. Tapi sayangnya bukan kawan-kawan rapat aku. Inikah kawan? Lagi sayangnya yang datang tu hanya untuk makan. Tapi oke lah daripada tak nampak batang hidung langsung kan?

Kawan-kawan. Ingatlah, bukan rumah aku je yang buat majlis, mungkin suatu hari nanti rumah kawan-kawan pulak yang buat. Cube kawan-kawan fikirkan kalau semua orang termasuk sahabat baek kawan-kawan sendiri buat perangai macam nie. Sape yang tampilkan diri untuk membantu kawan-kawan? Dan ape yang akan kawan-kawan rase? Happy? Bahagia?

Entahlah kawan-kawan. Kalau itu yang terbaek tuk kawan-kawan, teruskanlah. Tiada siapa menghalang.
Kawan-kawanlah kawan disusah dan senang. Fikir-fikirkanlah.

Credit to Mohd Rizuan Ibrahim dan Mohd Asri Mat Niza. Dua orang nie cousin aku yang membanting tulang dua hari berturut-turut tuk melancarkan lagi majlis. Tak kira penat lelah, hujan mahupom panas. Mereka istiqomah dalam membantu keluarga. Terima kaseh.




Nota Kaki : Kira hidup diatas dunia bukan selalu nya senang. Hidup boleh diibaratkan separti roda, kadangkal diatas dan kadangkala dibawah. Fikir-fikirkanlah wahai sahabat handaiku sekalian. InsyaAllah.

Haffez : Credit untuk Kak Yong dan Nurul sebab sanggup datang umah aku walaupom jauh. Dan walaupom aku ajak sekadar ajak-ajak ayam. haha. Timekaseh!

Feb 8, 2012

Lawak Si Ombak Rindu









kesyian Kak Lisa... huhu

ini
diCAP
dari
Salah ke saya jujur kat awak?

CAP- copy and paste

1 Mata Sudah Memadai.

Hari Isnin malam Ahad korang ade bukak TV channel sport? Tengok perlawanan hebat Manchester United vs Chelsea? Bagi kakibola pasti tengok kan. Aku bukan nak bangga sangat pasukan kegemaran aku menang. Tapi kalau ade diantara korang yang tengok dan korang sokong Man.Utd, mesti korang bangga.

Sebab?


Korang faham kan?
Hahaha!


Dulu korang nak tahu. Dalam facebook aku, selalu je orang akan tag aku dengan gambar cangini.



Aku punye moral jangan cakap. Rase nak baling je orang yang tukang tag nih. Haha.

Tapi malam Isnin tempoh hari. Awal babak pertama aku memang down tengok diorang maen sebab Chelsea dah leading 2 - 0. Tengok pulak reramai dengan member-member.  Masok awal babak kedua tak sampai seminit, Damnnnnnnn! Leading 3 - 0. Rase nak baling TV. Tapi Evra dan Welbeck muncul penyelamat memberikan Man.Utd dua penalti membantu pasukan kegemaranku meraih 2 gol. 10 minit sebelum tamat perlawanan, pemain kegemaran aku dibawak masuk iaitu Javier Hernandez atau Chicharito. Die muncul penyelamat menyumbangkan gol yang ketiga untuk membantu Setan Merah berkongsi mata dengan tuan rumah. hahaha. Walaupun ketinggalan 2 mata dibelakang pendahulu Liga, Manchester City, kami tetap berpuas hati!



Glory-Glory Manchester United!




Nota Kaki : Adab permainan, Kalah Dan Menang. Sebelum wisel tamat ditiup. Korang mesti sokong dan sokong dan sokong!


Feb 7, 2012

Gelagat manusia facebook.

Dalam Facebook korang ade tak wanita-wanita cantik? ohh sorry. Bukan wanita tapi perempuan-perempuan cantik? Ade? Kompem la ade. Berdasarkan statistik, perempuan lebih ramai mempunyai akaun didalam Facebook, 1:10. Kan? Same je dengan statistik Lelaki dengan Wanita pada akhir zaman nie kan? Dasat! 


Okei berbalik pada tajuk asalnya. Ade kan? Ade ape Haffez? Ade tak perempuan-perempuan cantik dalam Facebook korang. Nak tambah sikit. Perempuan-perempuan cantik + budak sekolah. Nampak gempak sikit soalan nie. haha. Dalam Facebook aku ramai woo. Nak muke macam mana semua ade. Mekap tebal mana, jenis ape, keluaran bila semua ade woo. Dasat sungguh.

Dan.

Diorang suka sangat upload gambar diorang dalam Facebook. Sebelum dan selepas semua bantai upload dalam Facebook. Yang pakai baju tak cukup benang. Tak cukup kaen. Yang koyak rabak. Baju adek. Kalau boleh semua nak upload. Mungkin suatu hari nanti tidak mustahil gambar tengah mandi dimuat naek. Dan agak tidak mustahil jika gambar tengah 'melepas' dimuat naek.

   " Muke baru balik dari sekolah. #penatgiler#" -- Tapi muke giler sempoi.


   " Mucux baru bangun tido. Huhu. #Budakcomot# -- Cantik macam baru mekap. Agaknye dalam mimpi jumpe pendandan kot.


Tapi.

Bila ade manusia prihatin komen kat gambar-gambar diorang. Yang berterus-terang dekat diorang. Yang kate "hari-hari muke same masuk Facebook". Yang kate " Kuat giler minah nie tayang muke". Yang kate " Yang tu pom nak tunjuk kat orang ke?". Mereka-mereka yang prihatin nie langsung dibalas suil oleh pemilik gambar. Antara kata-kata yang biase aku bace.

  " Kau pesal huh? tak suke tak payah tengok lah mangkok."

  " Ade sangkut dengan ko kat mane-mane ke?"

  " Kau tu bagus sangatt!?"

Hanya ini balas yang diterima. Kecian. haha.


Dan selanjutnya.


Mula lah pemilik gambar tadi rase tak puas hati. Mula tercabar sebab ade yang kutuk muke diorang yang "cantek" sangat tu. Kan? Dan mula lah status berbau perli diupdate.

Status Update :

  Mia Sara _ Kot ye pom tak suke dengan aku, jangan lah nak mengutuk kat gambar aku! Bongok !

  Aku Perasan _ Kalau tak cuke ite, unfren la ite. senang.

  Abcdefg _ Kau jangan nak tunjuk baek la. Kau pom haremm jugak. Cermin diri dulu lahh. Bontot!

Inilah jadinya. Lepas tu bergaduh. Lepas tu delete balik gambar yang kena kutuk tadi then upload gambar baru. Then kena kutuk lagi. Update status laen pulak. Delete lagi gambar. Kena Upload gambar baru lagi. Eshh! Dah macam kitaran je. haha.

Korang pernah nampak perkara ini berlaku kat Facebook korang? Pernah kan? Tu baru bab gambar. Tak masuk bab status lagi. haha.



Nota Kaki : Sekarang kita sudah berada pada Akhir Zaman. Susah nak bagi pendapat kat Umat Islam zaman sekarang. Semua dah ade "otak" sendiri. Beringat lah ye. Kiamat semakin dekat. 

Haffez : Aku tak pandai nak printscreen. Kalau tak, aku upload da ape yang aku bace tu. Hehe~

Jan 31, 2012

Ujian Allah SWT.

Ade sape-sape yang pernah demam? Kompem ade kan? Sory silap soalan.
Ade sape-sape yang pernah menyelami, memahami proses dimana mula-mula virus demam mula merebak dalam badan anda? Ade x? 

Kalau ade angkat tangan macam shayerr!

 **Demam membuat anda banyak termenung **


Susah sebenarnya hendak mengetahui bagaimana proses demam terjadi. hehe. Sekarang aku nak bercerite tentang demam ringan je. Demam yang lebih-lebih tu dilaen waktu la ye. Sebab kite boleh merungkai persoalan tentang sesuatu perkara itu hanya berdasarkan pengalaman je okei.

Di awalnya. Mungkin simpton-simpton nie anda boleh rase.

  • Tiba-tiba badan tak selesa.
  • Otak tetibe tepu.
  • Susah nak fokus tetntang sesuatu perkara.
  • Hilang minat secara tiba-tiba.
  • Gelora pada perut. ( Bukan ombak no )
Yang nie biase terjadi. Betoi tak? Ka chek sedang menipu nie?

Lepas tu kalau ada yang perasan.

  • Seram sejuk menyerang.
  • Bila pakai sweater panas, buang sweater sejuk.
  • Rase tenang bile termenung.
  • Mase nie dah rase dunia seperti span. Dipijak lembut.
  • Rase nak marah pom ade sikit-sikit.
Kan?
Mesti punya. Dah banyak kali dah terjadi nie. Bukan tipu muslihat da. Sebenarnya demam nie kerana suhu badan kita melebihi normal je sikit. 

So, bile sape-sape rase die tetibe rase macam nak kena demam. Perbanyakkanlah minum air masak. Kerana punca utamanya ialah dehidrasi iaitu kehilangan cecair badan. Bungkus badan dalam selimut dalam 20minit then keluar dari selimut. biar semua peluh keluar. Dan terus minum air masak seberapa banyak tuk mengganti balik cecair yang keluar. Faham? hehe. 

Nie demam ringan je tau. Deman teruk-teruk tu sila refer pada doktor anda. Sekian.



Nota Kaki : Bersyukur dengan kejadian dan ujian Allah. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...