May 24, 2012

Pengalaman Kedua.

Ini antara pengalaman kedua aku berkerja di tempat orang sendirian tiada teman. Sadis dooo. Kalau di ikutkan hati ini. Kompem - kompem aku blah terus nie. Kusut.

Orang kata bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Aku pegang kata-kata nie. Tu yang buat semangat aku nak kerja berkobar-kobar balik. hehe. 

Kalau nak diikutkan hati, memang aku nak sangat duduk rumah goyang kaki. Tapi dah lumrah manusia perlu bekerja tuk mencari sesuap nasi. Tak kan nak suruh mak bapak tanggung lagi kan, bro? Kalau dah kawen lagi lah besau tanggungjawab. Kan? kan? kan? Lelaki pulak tu.

Lapor diri tadi dah macam daftar nak masok kolej. Bapak serabutnya pun. Tapi dengar gaji besau, serabut pom serabut lah. Asal masyuk. kehkehkeh. ( Nak tanggung anak orang nie. )

Tapi tu lah. Manusia. Tak boleh nak susah langsung. Nak senang je kojenye kan?


Haffez : Mule-mule dah kurang semangat, berapa bulan lekat tah keje nie. huhu.




May 18, 2012

Rase macam nak buat senaman jari je. JOM!

Ish ish ish ishhh . . .

Nie blog aku ka? 

Hee~ 

Lame tak update. Asal melepak kat rumah , hotak aku tak berape nak up-to-date sangat. Hee~
Tidak menjadi masalah , hari nie aku update. kehkehkeh.

Sapa kata tak kerja dan duduk melepak kat rumah seronok ? 

Sape yang ada jawapan seronok dalam kepala tu maknanya anda seorang pemalas. Sori. Aku bukan nak kate aku rajin. Tak. Tapi apabila aku melalui pengalaman tidak berkerja dan melepak kat rumah 24 jam sehari , aku rasa macam aku nie seorang insan yang langsung tidak berguna. Otak beku , tepu dan sewaktu dengannya.

Bukan itu saja , ( cewah dah macam ucapan awam dah ) mata nie dah rase macam letak celak hasil daripada membuta. hehe. Tapi Alhamdulillah , aku dah dapat kerja. 23hb nie aku melaporkan diri. Rezeki Allah ada kat mana - mana. Cuma terpulang kepada seseorang individu untuk berusaha mencarinya atau sebaliknya. Kalau dah duduk saja kat rumah tunggu kerja datang bergolek alamatnya sampai kiamat tak sampai-sampai.

Kita pandai kan ? 

Bila sesuatu yang baek tuk kita , kita malas nak cari. Contohnya kerja. Banyak alasan kita. Kerja sekarang susah nak dapat lah , ape lah. Tetapi pada dasarnya , MALAS itu sebagai puncanya.
Akan tetapi!
Bila sesuatu itu buruk buat kita , kita rajin je cari . Kan kan kan?. Contohnya berpeleseran tanpa arah tujuan. Benda tu tak bagus tuk kita. Tuk masyarakat , tuk agama. Tapi kita rajin je buat kan?

So , aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan sekalian. Fikirlah. Pasti selamat.




Haffez : Hahaha. Sebenarnya, sebelum dapat kerja dulu, aku pom macam nie lah. hahahaha

May 5, 2012

Sorry . :-(

Wahhhh!

Blog dah berhabukk. keh3.

Sorry bro. Buzy bangat nih. Sampai lupe nak ucap. Thanks bro coz' bersusah payah bangun pepagi bute pi amek saya kat bus stop. hak3.

Good Luck in your new job. Love u. Papai~

Apr 15, 2012

i'm back

haloo.... salam salam salam.....
huh, lama sungguh tidak MS mengupdate ini belog ma.
mungkin atas sebab kesibukan dan kebizian yang melanda. huhu

anggaplah ini satu update.
chow lu.
salam



Mar 27, 2012

Dik, atas kepala ade tangga. HEHE

Warga Blogger!!!!!!

Peace Yoo!



Aktiviti malam aku sejak beberapa bulan yang lalu.


Ye. MENGGUNTING RAMBUT anak-anak buah. Bukan aku bukak kedai gunting. hihi.

Boleh dikatakan dua kali seorang untuk sebulan nak potong rambut. Aku tak kesah sangat. Tapi yang aku kesahkan ialah asal nak gunting rambut je malam, asal malam je nak gunting rambut. Haishh.

Kalau rumah nie terang macam kedai gunting rambut tu tak pe lah. Nie malap semacam je. Kenapa dengan lampu? Tak nampak rambut choii. huhu

Kang tak pasai-pasai ade yang melekat tangga atas kepala. 

Malam nie dah sorang anak buah aku melekat tangga atas kepala. Aku balik keje lewat malam nie Sesampai je kat umah tengok ibu aku dah potong rambut anak die. Kesian tengok die, aku pom mengofferkan diri. Tapi cakap kau, bila aku nak amek alih, kepala anak die tu dah ade tangga lif. haha.

Aku nak repair camne lagi dah teruk sangat tu? Sikit-sikit tu boleh lah. Tapi memang still ade lagi tangga. Yang tu kompem lekat dalam 3 4 hari baru sama balik. kehkehkeh. 

HAHA, nasib la dik. Tangga pom tangga la. hihi.

Mar 26, 2012

Aku tak mahu meninggalkan Ibu aku!

Salam hormat salam bahagia, Salam cium tangan ibubapa.

Hujung minggu nie, benda yang aku "mintak-mintak" selalu tu bakal menjadi kenyataan. Bos da terima surat perletakan jawatan aku. NICE. Lepas nie aku akan jadi penganggur tambahan balik. LAGI NICE.

So, maknanya aku juga bakal mengangkat kaki pergi dari rumah ibu aku dan tinggal bersama mak aku balik. Ape yang menjadi tanda tanya korang ialah ibu aku seolah-olah tidak mengizinkan aku pergi dari rumah die. hihi.

Dulu, time aku nak sewa rumah pom die tak bagi.

  " Abg tak suka ke tinggal dengan ibu?" 

Allah. Selepas dengar satu soalan yang keluar dari mulut ibu aku tu, aku terus tak jadi sewa rumah. Tapi semalam tengah makan nasi, ibu aku tanya soalan laen pulak.

   " Abg nak balik rumah mak hari ape? Tinggal lah lame sikit kat sini. Ibu suka abg tinggal dengan ibu. "

Huhu. Rase berat je hati aku nak keluar dari rumah nie. Sayu je rase.

  







Mar 25, 2012

Wanita, Please Take Note. Part One.

Wahai wanita-wanita sekalian,

Korang ingat korang cantik, body macam model, ramai orang lelaki tergila-gilakan kamu, kamu dah bagus? dah perfect? Macam tu? 

Korang ade terfikir tak masa akan datang? Atau senang cakap perkara yang mungkin akan berlaku selepas itu? Tak de kan? Aku jamin 100 percent.

Cerita Untuk Sahabat.

B 1 : Awak, sampai hati awak pergi macam tu je? setelah segala yang saya curahkan sehingga hari ini?
G : Sudah la awak, saya tak sesuai tuk awak. Saya jahat. Kay bye.
B 1 : Awak!?

B 5 : Kenapa awak buat macam nie kat saye?
G : Memang patut pom. Saya menyesal kenal orang macam awak. Awak jahat.
B 5 : Ape yang saya buat?
G : Awak maen kayu 3 dibelakang saye! Dah jangan nak sorokkan lagi. Kita Putus!
B 5 : Err? Tanpa usul periksa?
. . .

B 7 :  Awak thanks muncul dalam hidup saye.
G : Same-same. ( Grrrr. )
B 7 : Jom saya belanja awak shopping.
G : Hehe ( Yess! Akhirnya. )


Wahai wanita-wanita sekalian,

Tidak mustahil perempuan seperti diatas ada di antara kamu kan? Tidak mustahil kamu tidak berbuat demikian kan? Untuk pengetahuan kamu, cerita diatas adalah kisah benar. Malah lebih teruk daripada itu.

Cerita Seorang Kawan ( Wanita )

Seorang kawan lelakinya bertanya. 
    " Kau nak lelaki yang macam mana? "

Jawabnya : Aku kan cantik, takkan nak yang sempoi-sempoi, bro. Mestilah yang kaya, hensem. Dalam hidup nie, ape yang tidak memerlukan duet? Takde kan? Nak masok tandas pom kena bayar 20 sen. Ini pulak nak hidup bersama. Duet tuk segala-galanya, bro. Tak de duet tak bahagia. Betol aku cakap. 

Lelaki itu bertanya lagi.
    " Habes kau tak rase bersalah ke ko permaenkan perasaan lelaki-lelaki tu?"

Jawabnya : Ade lah jugak sikit-sikit. Tapi nak buat macam mana. Hidup mesti pandai berdikari. Pandai pilih yang mana elok yang mana tak elok. Kan. Dah diorang yang terhegeh-hegehkan aku. Bukan salah aku jugak. Lagipom aku bosan kalau asyik dengan sorang tu jee. Aku tak hipokrit la, bro. Kalau aku dah tak suka baek aku blah. Buat ape tunggu lagi kan? Lagi menyampah adelah.

Cerita Seorang Sahabat ( Lelaki )

Seorang sahabat memujuk.
   " Dah la, bro. Yang sudah tu sudah. Dah tak de jodoh nak buat macam mana. Bukan kita mintak pom. Lagipom pompuan banyak lah dalam dunia nie. Bukan dia sorang ja duk ada. Ramai lagi nun. "

Jawabnya : Memang la yang sudah tu sudah. Tapi aku tak puas hati tau. Jatoh maruah aku dipermaenkan oleh pompuan tu. Sial. Kau tengoklah nanti. Aku gulai-gulai satu kawah.

Sahabat tadi berkata.
   " Gulai? Ehemm, Jangan lupe kawan yer. hihi "

Nampak tak ikatannya disitu sahabat? Bukan senang lelaki yang dipermaen-maenkan oleh seorang wanita dapat memaafkan wanita itu sewenang-wenangnya. Nampak?

Nak tahu selanjutnya? kita jumpa selepas iklan penaja.

Selamat.


Haffez : Wee aku ngantok lahh. sat sat g aku sambong. bobye., 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...