Mar 11, 2012

My brother will fly to Labuan.

Tanggal 20hb Mac 2012, semua kawan-kawan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal berangkat ke penempatan kerja masing-masing. Alhamdulillah.

Bermacam-macam ragam mesej dari kawan-kawan  aku dapat. Ade yang kate best, ade yang kate Alhamdulillah. Tapi ade yang kate aku terananya. hihi. 

Kadang-kadang geli hati aku baca mesej-mesej korang. Tahniah la yer sahabat-sahabat. Semoga berjaya bila memasuki alam baru tu. Jangan lemas sudaa. 

Bukan semua happy tau bila dapat tahu tentang penempatan tu, ade yang kecewa. Hujung minggu lepas aku dapat panggilan dari sahabat aku menyatakan beliau akan terbang ke Labuan. Terkejut campur tak percaya aku dengar. 



Keesokan harinya aku bergerak ke rumah beliau dan bermalam semalaman tuk beri kata-kata semangat kepada beliau kerana suara beliau sewaktu bercakap dengan aku dalam telefon macam dah seksa sangat. hihi.

Sesampainya aku ke rumah beliau petang berkenaan, memang muka beliau nampak tension. hihi. Lucu-lucu. Mak bapak beliau pom cakap yang diorang susah hati tengok anak diorang tuh. Asyik termenung je semenjak dapat tahu akan melapor diri di Labuan tuh. hihi.

Apa guna aku sebagai sahabat kan? So, aku mula memberi terapi semangat kepada beliau. Aku menghubungi sahabat aku yang kebetulan telah bekerja sebagai Radiographer di Labuan untuk menguruskan segala urusan beliau apabila beliau mendarat disana pada 18hb Mac nie.

Selepas beliau bercakap dengan sahabat aku yang berada di Labuan tu barulah aku tengok muka ceria beliau. hihi. Kate hati batu, baru dihantar jauh sikit dah tension. hihi.



Papepom tahniah lah sahabat. Aku doakan yang terbaek tuk kamu. InsyaAllah.


Mar 10, 2012

Cinta jarak jauh? Plastik!

Cinta sekarang bukan seperti cinta pada masa dahulu. Please take note. Cinta zaman dulu , walaupun jauh, cinta tetap bertaut dihati. Tetapi , cinta zaman sekarang, kalau cinta itu cinta jarak jauh, lupakan niat itu. Itu semua plastik !

Minggu lepas , roomate aku ade bercerita tentang kisah cinta jarak jauhnya. Sadis. Sambil2 tu aku korek sikit2 camner dier boleh terjebak dalam cinta jarak jauh tu.

Aku : Macam mana awak boleh kenal mamat tuh ?
Roomate : Entahlah. Saya kenal dia melalui facebook. Mula2 dia add saya. Then , saya terima.
Aku : Ohh. Lepas tu ?
Roomate : Lepas tu kami komen mengomen. Dia mintak phone number saya , saya bagilah.
Aku : Dengan mudah awak bagi?
Roomate : Yelah. Saya tengok picture2 die macam okey je die. Macam budak baik je. Lagipun nak kawan kan. Tak salah kot.
Aku : Allah. Patut lah abang saya marah sangat saya buat facebook. Bukan tak boleh awak. Tapi bahaya tau. Lepas tu macam mana?
Roomate : Lepas berbalas2 mesej tu la die ajak saya kapel.
Aku : Awak terima?
Roomate : Mula2 tak. Tapi die buat ayat tu macam hati saya nie betul2 tersentuh tau. Saya pun terima.
Aku : Mudahnya awak nie. Tanpa bertentang mata , tanpa lihat dengan mata awak sendiri awak boleh terima ?
Roomate : Tu lah silap saya. Tapi mula2 tu die okey je tau. Sweet je. Tapi selang beberapa minggu tu la banyak gaduh.
Aku : Ohh. Lepas tu macam mana boleh putus ?
Roomate : Saya tengok die komen syg abg dengan pompuan lain kat facebook. Sakitnya hati. Lepas tu la kitorang gaduh teruk. Then we clash. End of the story.
Aku : Pulak dah. Tu la awak. Lain kali nilai orang betol2 dulu.


Inilah serba sedikit aku boleh kongsi tentang isi kandungan Cinta jarak jauh. It interesting right ? hehe. Aku rase dah cukup untuk membuktikan cinta jarak jauh tu plastik. Kaum wanita tolong lah jangan percaya dengan lelaki zaman sekarang. Kebanyakan plastik.



Bukan semua. Cuma sebahagian mungkin. 

Daa Daa~

Mar 1, 2012

Sepuluh Hari Lagi Dan Bakal Tersisa.

Pernah tak korang minat akan seseorang tetapi tak pernah luahkan perasaan korang padanya?
.
.
.
.
Aku tension betol kalau aku tanye soalan tade sape yang jawab.
Oke aku andaikan korang pernah.

Korang malu-malu kan? Korang pernah luahkan tapi bukan dengan cara yang serius kan? Dia ingat korang maen-maen kan. Betol tak?

Ingat ye korang. Kalau suka akan seseorang dan korang rase dia bakal menjadi pendamping korang, luahkan perasaan korang sebelum apa-apa berlaku. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Kalau tidak korang bakal kecewa. Cewahh.

Aku cakap benda yang betol. Sebab sekarang aku tengah lalui. Benda yang sangat menyentuh hati pabila dia pom sama seperti aku. Takut.

Sekarang hanya tinggal sepuluh hari lagi sebelum dia diijabkabulkan. Sedih o.o

Feb 29, 2012

Pssstttttt! Aku cuti lah.


Yuhoo.
Hai pekabar orang2 disini? Sihat? Aku saje singgah sekejap nak tengok ape yang berlaku dalam dunia blogger ni. Alhamdulillah. Lancar kot. Huhu.

Sekarang musim cuti semester lah. Aku tak ade idea. Musim cuti secara automatiknya otak aku pun cuti. Tepu. Hehe. 3 Februari ni InsyaAllah aku akan menaiki bas ke universiti aku. Doakan ye! Walaupun korang tak kenai aku. :p

Ehem. Credit to MRI and MAMN aje? Mane lagi sepupu yang lain? Aku pun ade lah. Membanting tulang jugak. Tak aci betol lah tuan punye blog ni. Pilih kasih. Tak suke tak suke dan tak suke. Tak aci.
Dan.
Pandai ek Abg Hafiz. Dan2 je suruh aku pergi rumah Che Ngah. Die ajak awek tempat kerje die rupenya. Tak kasi aku tengok.
Takot kene bahan la tuh. Huhu.


P/s : Gambar mereka-mereka tu dah ade lah. Spy aku amek gambar. Hakhakhak.

Nasihat berguna untuk manusia yang berfikiran.



Ape yang akan korang rase bile balik dari kerja, tengah penat-penat, panas-panas, kepala tengah jem pasal tension tempat kerja, tengok-tengok laptop korang tak boleh nak di on kan? Masih boleh chill lagi ke? Boleh?



Masalah betol lah kalau orang bagi pinjam tapi tak pandai nak jaga elok-elok nih.

Korang, aku nak bagi nasihat sikit tuk korang-korang. Bile guna atau pinjam barang orang laen, pandai-pandai lah jaga. Gune elok-elok. Buat macam gune barang orang laen. Bukan barang sendiri. Korang tahu tak ape perasaan tuan punya barang bile diberi elok tapi dipulangkan macam sampah? Gembira tau.

Aku tahu lah laptop aku tu dah nazak. Itu semua jasa baek kawan-kawan lah tu. Buat macam laptop sendiri. Tapi senazak-nazak laptop aku pom, masih boleh gune tau. Masih boleh berbakti pada aku. Tak pernah lagi aku pinjam laptop orang nak buat kerja. Damn tol lah. Fail. Spoil.

Lagi satu, kalau dah ditakdirkan sesuatu barang yang korang pinjam dari seseorang tu rosak. Jangan lah buat-buat tak tahu. Mengaku. Terus terang kat tuan punya barang yang barang diorang rosak. Mintak maaf. Bertanggungjawab. Kalau tuan punya barang marah atau suruh bagi ganti rugi tu, nasib lah. Janji korang dah mengaku dan mintak maaf.

Kalau tanggungjawab sebesar nie korang tak dapat nak pikul, macam mana tanggungjawab terhadap keluarga korang? Macam mana korang nak pikul? Adoi, tak gune lah tulis panjang-panjang. Bukan ade yang nak bace pom. Wassalam.



Feb 28, 2012

Aku Ditawar Menjadi Model. Bahagianya.




Beberapa hari lepas, seorang hamba Allah yang bernama sahabat menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan aku sebagai model fotografinya dalam kajian kursus beliau. Aku mungkin sedikit tergaman. Terkesima mungkin. Hasrat mahu menonton wayang tiba-tiba menjadi satu temuduga yang tak terjangka. Adakah aku tersilap percaturan didalam segmen pendengaran? Sangkalku meleset sama sekali. Aku akan terima menjadi model beliau?

Jawapannya tidak. Titik. Bukannya sombong atau ingin menjual mahal. Secara jujurnya aku seorang yang kaku dihadapan kamera. Tewas kepada diri sendiri untuk menunjukkan bakat ‘posing’ dihadapan kamera. Aku lebih gemar memegang kamera daripada dipegang kamera. Mungkin disitu bakatku lebih menyerlah. InsyaAllah.

Semenjak dibangku sekolah dan melangkah masuk ke alam universiti, jika ada suatu majlis yang ditaja oleh mana-mana pihak, aku akan setia memegang kamera yang diamanahkan oleh guru-guru mahupun kawan-kawan. Aku boleh di’title’kan sebagai Fotographer part timer. Pernah dilemparkan kata-kata seperti gilakamera oleh kawan-kawan. Aiman tak kesah. Pada aku, mengambil gambar lebih gembira daripada diambil gambar.

Jika dilihat kepada semua folder gambar didalam laptop aku, mungkin sedikit sahaja gambar aku terkandung didalamnya. Walaupun majlis besar sekalipun, jika kamera berada di tangan aku, peratusan gambar aku didalam kenangan majlis tersebut sangat tipis sekali.

Menjadi model? Bukan matlamatku. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan dinobatkan sebagai seorang Fotographer yang berjaya. Ngeh ngeh ngeh.

Sebagai konklusinya. Aku sangat bahagia kerana ditawarkan. Tapi Sorry sahabat. Tak dapek den nak nolong eh. Kuikuikui.




Nota kaki : Bagi aku sebuah kamera DSLR dan hantar aku ke Taman Bunga, Pantai, Sungai yang mempunyai air terjun dan sebagainya. Baliknya aku selepas itu korang boleh bukak gerai gambar permandangan yang menarik. Aku boleh kompem! Haha.

Feb 27, 2012

Aku Tabik Cardiff City. Aku Bangga Dengan Arsenal. Aku Down Sekejap Dengan Manchester United.


Ye. Tahniah Liverpool! You are the winner. Carling Cup milik anda.
Tapi, secara jujurnya anda tidak layak. Aku tabik Cardiff City ( Bluebird ). Anda berjaya mengekang Liverpool secara keseluruhan sehingga minit terakhir. Anda telah berjaya membawa Liverpool ke babak masa tambahan dan penalti. Korang bayangkanlah. Skuad The Reds turun dengan kesebelasan utama yang utama. Semua starplayer. Tetapi gagal menyekat kemaraan Bluebird. Malu.
Cardiff City! Anda buat Malaysia Bangga! haha.


Arsenal. Tahniah. Kerana berjaya menyekat kemaraan Spurs walaupun Spurs leading 2 - 0 pada pada permulaan permainan. Aku sokong Arsenal sebab tak mau bagi Chelsea naek. hahaha. Papepom tahniah!

Manchester United? Erm. Kau bagi aku hangin. Down sekejup moral aku. haha. Tapi Terima kaseh Ryan Gigs. Jaringan kemenangan milik anda. Dua mata dibelakang pendahulu liga. Bagus! Walaupom ketiadaan pemain utama. Anda terbaek. haha.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...