Jan 4, 2013

Lagi - Lagi Blogger Lelaki Pondan . Ohdem .

Aku rase dulu aku ade post dah pasai nie. Ade lagi yang duk men sound - sound . " Kau ade blog ? Pondan oii ! "  Fuhh, aku rase macam nak g cili-cili je mulut beliau yang comel tu. Tapi tak boleh nak salahkan diorang gak. Aku dulu pon sebelum ade blog nie ade gak sound-sound kawan aku. HAHA. Fair and Square.

Oke biar aku jelaskan.
Sebenarnya kan , bagi aku la nie. Korang lantaklah. Pandangan masing masing. 

Oke again. Sebenarnya kan , orang lelaki yang ade blog nie, jiwa mereka puitis, Cewah. #Salah satunya. Ini sidedish nya aje#. Orang lelaki yang ade blog nie, mereka lain dari yang lain. Tak kira lah ape jenis blog yang diorang create. Diorang berseni dari segi penulisan, pemahaman. Ade sesuatu dalam otak diorang yang lelaki lain tak ade. Special. #Ok one word#.

Dulu aku tak tahu ape tu blog. Aku tak pandai nak buat huraian-huraian nie. Tapi , sekarang aku tahu. Ade sorang sahabat yang aku kenal. Bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh. Satu kelas diorang wajib buat blog !. Setiap minggu cikgu akan bawak satu kelas masuk computer lab supaya diorang boleh update blog. Ini wajib. Nak tahu kenapa? Sebab nanti nak buat huraian dalam karangan, nak olah karangan, senang. Itu salah satu fungsinya. Nampak dak ?

Baru lelaki ade blog dah kena sound pondan. Eh aBg Ben tu tak nak sound ke? Populer je blog die. Tapi tak nampak pondan pom. HAHA.

Korang tak dengar lagi lelaki ade diari kan ? Yang tu ketogori apo pulak ? Dulu time aku belajar, satu kelas kena buat diari. Wajib. Diari wajib dihantar tetiap minggu. Tak hantar kena denda. Kalau macam tu mat-mat rempit, mat moto, mat muka bunuh, mat jiwo dalam kelas aku pondan bapuk semua lahh. HAHA.
What a lame.

Tu je kot. 

Jan 2, 2013

Aku Tolak Pegawai Bank Dengan Selamber !

Assalamualaikum dan salam tahun baru seme blake awok - awok sekaliang !

Alhamdulillah. Terima kasih 2012 untuk memori yang indah. Selamat datang 2013 .

Hari nie tanggal 02 Jan 2013. Hari yang agak memenatkan dan memeningkan. Tapi Alhamdulillah aku dapat atasi kerana iringan doa kawan - kawan semua. Pagi tadi aku dapat satu panggilan penting sewaktu aku berada dalam kelas. Berlaku sedikit kekalutan disitu.

Jam 9.30, henset dalam poket bergetar - getar mintak diangkat. Bila aku tengok nombor pejabat yang naik. Pejabat mane aku tak tahu.

Pejabat : Hello Assalamualaikum .

Aku : Waalaikumussalam .

Pejabat : Emm. Encik Muhammad Hafiz ada ?

Aku : Ye saya ?

Pejabat : Saya dari Bank ###### cawangan Kuala Terengganu telah menerima permohonan kekosongan jawatan di Bank kami daripada encik. Setelah diteliti, kami ingin menawarkan kekosongan jawatan tersebut kepada encik tanpa sebarang proses temuduga kedua kerana kelulusan encik memenuhi kreatiria.

Aku : Err? Emm. Alhamdulillah. Tapi saya memohon maaf kerana terpaksa menolak tawaran tersebut.

Pejabat : Kenapa ye encik? Adakah kerana gaji? kalau sebab gaji, encik boleh datang pejabat saya dan kita boleh bincangkan lagi.

Aku : Bukan Tuan. Saya dah terima tawaran daripada kerajaan untuk sambung pengajian saya.

Pejabat : Ohh. Oke. Kalau daripada kerajaan saya tak boleh berbuat apa lah. Boleh saya tahu dimana encik belajar ?

Aku : Di Sabah tuan. MINDT dengan kerjasama SSTC.

Pejabat : Baiklah kalau begitu. Saya ucapkan terima kasih kepada encik kerana sudi memohon. Semoga maju jaya . Assalamualaikum.

Fuhh . Fuhh . Fuhh . Aku rase macam nak keluar kelas dan jerit sekuat - kuatnya. Ohdem ohdem ohdem.
Dan aku sangat berharap bahawa Allah ade sesuatu rancangan yang lebih baik untuk aku.
Ohyeahh !

Kata - kata seorang sahabat tadi .
 " Ala Fizz. Kau dah masuk belajar orang baru tawarkan kerja. Aku nie, sebelum belajar aku dah decline awal - awal sebab nak belajar nie. Chill bro. Nanti adelah rezeki lain. InsyaAllah. "

Dan aku rasa aku tak buat silap untuk kali ini. InsyaAllah .

Nov 8, 2012

Photo Syndicate Youth bakal beroperasi seratus peratus .

Assalamualaikum salam bahagia salam hormat salam cium tangan ibu dan bapa ~


Hai kengkawan ku yang aku kasihi sekalian. Cewah. Bukan nak membodek nie tau. Paham - paham jela bila aku masuk blog nie, mesti ada barang baek punya tuk kawan-kawan semua.

Nie aku nak bagitau kat korang semua bahawasanya aku telah berkecimpung secara langsungnya dalam dunia Photographer dan dengan serius sekali. Tapi harus diingatkan, aku bukan nak bagitau yang tu sebenarnya. Tapi aku nak gitau yang group aku telah membina satu syarikat fotografi. Dan syarikat ini dinamakan " Photo Syndicate Youth " ( PSY ).

Photo Syndicate Youth telahpun beroperasi dan sentiasa menerima tempahan. Ops! Lupa nak habaq yang PSY adalah syarikat fotografi yang membuat perkhidmatan seperti Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Akad Nikah, Bersunat dan lain -lain.

PSY mempunyai lima orang Photographers. Setiap orang daripada kami telah menerima latihan khusus dalam bidang fotografi dan diiktiraf.

Kalau dalam kalangan kawan -kawan nie ade yang berminat nak guna perkhidmatan kami, PM la aku. InsyaAllah. Rezeki jangan ditolak.

Nanti aku akan update lagi tentang pakej - pakej kami.

Chow@!


Sep 15, 2012

Penangan Bleach ditengah malam. Bacaan Surah Yasin ditengah hari.

Ye. Malam semalam memang aku tido lewat. Lepas subuh aku bantai sambung tido balik macam orang tak sedar diri. Aku tak sedar orang ramai duduk disebelah aku tengah hari tadi. Tapi ade beberapa suara yang sayup - sayup aku dengar masuk dalam mimpi siang aku.

Suara i : Arwah baek orangnye.

Suara ii : Kesian.

Suara ramai : ( Bacaan Surah Yasin )

Bacaan tak sampai habis aku tersedar. Terkejut campur terkedu tengok kiri kanan. Masing - masing pandang aku. Berbaju melayu siap kopiah dikepala.

Aku : Kenapa nie. ( mamai )

Kawan aku : Lah. Hidup lagi ropenya. Ingat dah mati.

Aku : Ehh?

Kawan aku : Dah. Bangun. Pukul berape da nie. Ko tak nak pi solat jumaat ke? Tido mengalahkan mayat.

Masing - masing tersengeh macam kerang busuk. Yang aku heran macam mana diorang boleh masuk bilik aku sedangkan pintu terkunci dari dalam?



Nota Kaki : Tidur biarlah berpada - pada.

Aug 17, 2012

Mereka tak pandai nak simpan kebodohan.

Aku tak tahu ape yang ade dalam fikiran mereka. Antara seronok ataupun bodoh. Sori tersebut. Umur dalam era 30 - an masing - masing. Tapi tak pandai nak fikir ape yang elok dan ape yang tak elok. Fikiran macam budak - budak.

Cuba bayangkan kita masuk sebuah restoran tuk makan tiba - tiba ada orang baling mercun. Menyirap tak? Okey kalau fikir kawan - kawan atau senior tu kira laen. Tapi kalau dah makcik - makcik pom ade, tu apa cerita bro? Kalau ada diantara makcik - makcik tadi ade yang sakit jantung? Acane? Korang dah dewasa boleh fikir. Ye dak?

Dah la restoran nie tertutup. Bergema sekali mercun meletop. Fuhhh.


Nota Kaki : Kita hidup berkongsi tempat untuk dipijak, udara, alam sekitar. So, tak salah kalau kita nak berkongsi rasa hormat antara manusia. Ye dakk?

Haffez : Aku suka tengok pompuan pakai baju kurung. Serius!

Aug 8, 2012

Prank Hari jadi Di Malam Hari!

Tengah syok - syok tido, tetiba dinding rumett aku bergegar. Terkejut berok aku. Tambah pulak suara macam orang mintak tolong. Bingkas aku bangun capai kayu besbol bawah katil g bilik die. Sebelum sempat aku sampai, aku dah dengar orang keluar bilik tergopoh gapah. Berlari aku nak kejar. Masuk je bilik die, rupe die dah tak nampak muka dah. Putih habeh!

Aku tanya die kenape kau nie? Sape masuk bilik? Die cakap hari nie besday die. Hampeh!

Aku ingat penceroboh mane nak rogol rumett aku. Bikin suspen doo.

Patut la awek die mesej aku petang tadi. Awek die tok dalangnye. Kunci rumah aku hilang lah ape lah.

Ranap rumah aku. Dah macam buat parti sabun dah. Janganlah buat macam nie tengah - tengah malam bute. Kang ade balik naek ambulans kan.

Aug 1, 2012

Sikap Warga Malaysia Sekarang.

Aku bukan nak kutuk warga negara aku sendiri. Tak kira Melayu, Cina, India atau papelah. Aku bercakap atas dasar sifat keprihatinan. Malam tadi lepas aku balik kerja aku terus pergi ATM tuk keluarkan sedikit duet.

Lepas aku keluarkan duet dan berjalan pulang ke rumah, aku nampak tiga orang pemuda yang tengah bawak bagasi alatan menukang kalau aku tak silap. Yang sorang tu letak bagasi tu atas bahu. Diorang baru nak naek tangga bergerak kat sebuah Mall. Kat belakang mereka ramai warga Malaysia beratur nak naek jugak.

Mase aku baru nak lepasi tiang besar, aku dengar suara manusia ibarat dalam kesusahan. " Eh eh eh." Suara ala-ala kalut sikit. DAN aku nampak pemuda yang bawak bagasi kat atas bahu tu tengah cibit bagasi tu macam nak terlepas. Memang nak terlepas pom. Kaki atas tangga, tangan yang pegang bagasi tu kat tepi selepas pemegang tangga bergerak tu. Kalau terjatuh memang berkecai bagasi tu. Semua orang kat belakang dia berundur sambil buat muka terkejut. Naseb baek baru naek 2 3 mata tangga.

Kawan die tak dapat nak tolong sebab dah jauh kat atas. Tinggal die sorang terkontang-kanting menahan bagasi tu daripada jatuh sambil mengundur. Kesian aku tengok.

Yang aku peliknya, kenapa orang kat belakang die tak dapat nak tolong langsung? Takut tangan kotor? Yelah bagasi tu nampak kotor sikit. Semua pakat buat mula terkejut. Kaget kat tempat masing-masing.

Aku pom mempercepatkan langkah tuk ambil bagasi tu. Alamakaihh. Berat dowhh. Nak melecet jugaklah tangan aku nie. Lepas tu baru pemuda tu turun daripada tangga bergerak tu. Tadi dia xdapat nak turun sebab kasut die tercabut, bagasi berat campur kalut sikit. Aku pasti dalam hati die mesti berharap sangat ade orang tolong sambut bende kat tangan die tu.

Lepas die turun dan pergi kat aku, dia bersuara. " Bang, sori bang, berat. Tak boleh imbang. Terima kasih ya."
Laa. Mat indon rupanya. Aku tanyalah sepatah dua oke ke tak. Dia cakap okey cuma tangan dia kebas sikit.

Bagasi die tu berat dalam 5 6 kilo kot. Tapi, jika dah lama angkat sesuatu nie, benda yang ringan pom boleh jadi berat. Kalau tak percaya tanya lah Abg Ben Ashaari tu hari-hari angkat besi. Mesti dia tahu keadaan macam mana. Tak gitu Abg Ben?

Bila aku tengok manusia-manusia tadi naek tangga bergerak tu, semua buat-buat tak nampak. Begitulah sikap warga kita ya?

Aku tepuk bahu dia dua kali, pesan suruh hati-hati dan aku blah. Aku tengok atas kawan dia angkat tangan tanda terima kasih.


Nota kaki : Walaupun siapa pom dalam kesusahan, kita yang terdekat nie hulur-hulurlah bantuan sikit. Jangan buat tak tahu je. Kate Satu Malaysia. Tak kan nak buat hal masing-masing je? Nanti mati kita nak gali kubur sendiri dan kambus sendiri ke? Fikir-fikirkanlah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...