May 18, 2014

Agata Kita Ke Sabah !

Assalamualaikum, hari nie tak nak tanya apa khabar. Tapi nak tanya sehat ka tidak? Ehh, bukan soalan lebih kurang ke En. Hafiz? Ohh yaka, tak apa kita belit-belit sikit saja. Janji point dia sampai. Kalau tak sampai maknanya kamu ada masalah aa.. pergi buat check up cepat-cepat. Kalau melarat susah, hehe. Opss ! Jangan marah, jangan marah. Ingat lagi apa saya cakap? Orang yang selalu marah nie berkawan dengan syaitan tau. Haa.. begitu laa, ee.. chomell. Senyum macam tu selalu tau.
Saya banyak kali ditanya oleh kawan-kawan tentang negeri yang kaya dengan hasil bumi. Negeri mana? “Negeri Pasir Bedengung.” Kata Re.
“Eh.. Aku ingat asap saja yang berdengung.” Sampuk Mi. Filem Laxmana DOREMI daa.. Dey, jalann daa..
Negeri Sabah. Banyak soalan yang ditanya tentang menarik ke kalau melancong ke sana. Cantik ke permandangan kat sana. Banyak ke barang-barang kat sana. Tapi soalan yang paling best, “Hafiz, ko duduk Sabah dulu ramai ke jumpa awek-awek cantik?”. Soalan nie paling best. Saya jawab sana tak ada awek. Sana sumandak ja ramai, haha. Kalau nak cerita pasai pompuan sedare, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu khatam tau. Haa jangan main-main.  Sebut saja wanita, confirm semua abang-abang kat sini cerah bijik mata. Tu tengok brader tu, alamak… brader tutup mulut sikit, hihi. Alah saya melawak aje..
Sabah.. memang kaya dengan sumber-sumber alam. Tak tercemar dengan pembangunan yang pesat. Secara jujurnya saya sukaaa sangat duduk Sabah. Dengan budaya orang-orang disana, sikap mereka disana, permandangan negerinya. Fuhh.. memikat hati. Eh kalau ada orang Sabah yang single tu mai laa. Hihi. Oke saya bergurau.
Saya tak boleh jawab soalan awak-awak semua dengan detailnya. Tapi apa yang saya boleh janji, sesiapa itu seorang pencinta alam, pergilah melancong disana. Saya jamin kamu akan jerit, “Woooooooo Aweesomeeee!” Tapi tambah sikit kat depan “Subhanallah”. Jangan kita lupa untuk sentiasa memuji ALLAH. Sambil-sambil menikmati, kita dibekalkan pahala, ye dak.
Wahai pencinta alam, kita geng. Kalau nak pergi, ada tiket kosong ajak saya sekali tau, hehe. Bukan apa, nak jumpa sanak saudara aje. Kalau pergi sana, jangan lupa bawak kamera sekali. Kamera biasa-biasa pun cukup. Ambil saja gambar permandangan. Cantik ka tak cantik gambarnya kemudian kira. Yang penting kita ambil. Nanti balik semenanjung boleh tunjuk dekat kawan-kawan. Biar bertambah sikit geng kita. Bila dah ada anak nanti, tunjuk juga dekat anak-anak. Kalau anak-anak tanya kenapa gambar tak cantik? Ohh itu bapak tak pandai ambil, hihi. Gambaran dalam kepala kita penting. Boleh diceritakan.
Tempat-tempat yang wajib dilawati kalau melancong disana, jangan lupa pergi Kundasang, Ranau, Banjaran Croker dan.. eh banyak sangat la nak sebut. Tapi tempat-tempat yang saya sebut itu sangat menarik. Nak tahu apa yang menarik, try laa. Kalau Gunung Kinabalu pun tak pergi, nda usahlah kesana bah. Buang masa. Tak naik Gunung Kinabalu pun tak apa. Janji kaki gunung tu kita jejak. Sana ada Kinabalu Park. Selalunya pelancong ramai kesana. Kenapa? Eh sana ada makcik jual Nasik Lemak, Bestt. Hari tu dua bungkus saya makan sorang, hehe. Permandangan cantik di kaki gunung tu. Syiuk baa.
Tapi kalau anda bukan seorang pencinta alam. Kaki shoping kaki mall, janganlah kamu kesana. Nda bagus untuk kamu. Carilah tempat lain. Sana barang-barang agak mahal sedikit. Itu hanya pendapat saya. Tapi kalau nak pergi.. Haa silaa..
Sebenarnya kalau hendak dicerita tentang Sabah Negeri Di Bawah Bayu nie, hmm.. Tak cukup satu entri sedara. Aku nda habis lagi berkurapak. Nda apalah lain waktu yaa.. Bab Timur Sabah, pulau-pulau belum lagi masuk kan? Tak apa. Mata pembaca mencemburui kita. Kita sambung lain waktu. Insya-ALLAH kalau kita dijodohkan bertemu lagi.

Till Next Time, JJJ

May 17, 2014

Teguran untuk Kita.

Assalamualaikum sahabat. Apa khabar? Moga sehatlah ye. Yang terlebih sehat tu bawak-bawak bersenam. Biar nampak sikit kita nie ini maju. Bukan perot tu aje yang maju ke depan, hehe. Eh marah? Saya bukan cakap awak saja. Ramai lagi tu. Jangan marah noo..

Satu cerita, tentang saya. Beberapa bulan yang lalu, kawan lelaki saya ada upload gambar beliau di Facebook. Pakai seluar pendek dan tak berbaju. Aurat terbuka sedikit. Jadi saya komen. “Bergambar tu bergambar juga. Aurat tu jaga bang.” Tapi bukan nada memerli atau serius. kawan rapat saya. Jadi banyak bergurau dialam maya nie. Dalam-dalam bergurau, ada tersirat yang betul juga. Antara nampak dan tak nampak, kan.

Nak dijadikan cerita, suatu malam ketika menonton perlawanan bola. Saya keluar ke kedai menonton bersama kawan-kawan sekampung. Saya berpakaian biasa, berbaju t-shirt dan seluar sukan tiga suku. Menutup aurat sedara, hehe. Tapi seluar sukan tiga suku tu bila saya duduk, akan naik sedikit seluarnya sampai kelutut. Nampak macam pakai seluar tak tutup aurat. Kita kebelakang sikit, gambar yang diupload kawan saya tempoh hari, ramai kawan-kawan saya yang lain komen. Jadi masa menonton bola malam tu, salah seorangnya ada dikedai duduk disebelah saya. Awak semua nak tahu apa dia tegur saya? “Bro, duduk rumah ke duduk kedai? Aurat tu. Guane gitu boh?” Sambil ketawa.  Saya pun menjawab sambil tersenyum, “Seluar tiga suku nie, bang.” Saya tahu dia nak bergurau. Tapi menyerap kedalam dijiwa juga tau, hihi.

Nak dijadikan cerita lagi, beberapa malam yang lepas. Saya keluar ke bandar nak makan-makan dengan kawan-kawan. Kawan yang tegur seluar saya tempoh hari ikut juga. Naik kereta saya. Kebetulan saya pakai seluar sukan yang sama. Ditegurnya lagi, “Aii bro, tak tutup aurat ke?”. Jadi saya balas lagi, “Seluar tiga suku, bro. Bila duduk dia naik sikit.” Ketawalah ramai-ramai. Biasalah kawan-kawan, nak kenakan siapa lagi kalau bukan kawan-kawan sendiri, kan? Hehe.



Kadang-kadang ALLAH hendak menguji, adakah kita buat apa yang kita nasihatkan orang. Kadang-kadang juga, kita tak tahu siapa ALLAH akan hantar untuk menegur kita. Boleh jadi kawan kita sendiri. Boleh jadi budak kampung kita yang kita tidak pernah suka. Atas diri kita, penilaian kita dan penerimaan kita untuk menerima dan mendengar. Saya bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang PEKA dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah.  

See Ya !

May 16, 2014

Selamat Hari Guru !!

Assalamualaikum. Hari ini hari apa? Ingat tak kaum lelaki? Temujanji jangan lupa haa.. Eloklah buat perkara sunat hari Jumaat dahulu. Masih awal lagi nie. Hari nie hari special kan. Kutip banyak sikit pahala. Insya-ALLAH.

Ingat tak hari nie hari apa kawan-kawan? 16 May. Jangan buat-buat lupa aa.. Tanpa mereka kita takdak boleh jadi CEO kat mana-mana. SELAMAT HARI GURU wahai cikgu-cikgu sekalian. Terutama sekali bagi cikgu-cikgu perempuan yang cantik lagi bujang, haha. Tak, ini serius. Abg Hafiz masih single trang tang tang nie. Kah.. kah.. kah..

Banyak boleh kita baca daripada keratan akhbar dan internet, banyak yang boleh kita dengar daripada radio, banyak yang kita boleh tonton daripada siaran televisyen tentang guru. Tapi pada zaman sekarang, guru yang keluar di media-media massa bukan kerana jasa mereka tetapi kerana perbuatan mereka terhadap anak murid. ALLAHU RABBI.

Adik-adik apa nie? Apa silap guru adik-adik. Tujuan guru memukul, mendenda kita bukan untuk menyakitkan kita, tau. Tapi bagi tujuan untuk mendidik. Takkan baru tarik telinga dah balik mengadu kat mak bapak. Takkan guru suruh berlari keliling padang dah panggil press buat aduan. Mak bapak pun satu hal. Kita yang hantar anak-anak kita ke sekolah bagi tujuan pendidikan. Supaya mereka belajar, tahu tentang ilmu. Biasalah tu kalau kena denda sikit-sikit. Baru cepat pandai. Kalau asyik dibelai, susah la macam tu. Aduhh..

Saya bercerita nie bukan kerana saya guru. Bukan kerana saya nie salah seorang tenaga pengajar yang bertauliah. Tapi saya sedar, dimana saya berdiri sekarang kerana didikan guru. Tanpa guru saya takkan berjaya sampai ke tahap ini. Tanpa guru saya takkan tahu bumi ini berbentuk sfera bukannya bulat. Tanpa guru saya takkan tahu apa itu masyarakat. Tanpa guru juga saya takkan tahu ejaan Alif Min Nun Wau itu bacanya UMNO bukannya Sarkis. “Alip Min Nun Wau, Alip tendang Wau bunyinya Sarkis..” Kata Sudin. Sekali Pendekar Bujang Lapok daa.. Keh.. keh.. keh..

Sebenarnya kita nie bukan tak pandai berfikir. Tetapi tidak pandai menghargai.  Setelah bertahun-tahun belajar dengan guru, setelah mengambil segala ilmu yang guru curahkan. Melawan guru, memaki guru, memukul guru yang kita balas. Aduhai.. Kita nie ada ilmu ka tidak aninya? Atu saja ka yang kamu pandai?  Atu ka yang guru ajarkan selama ani? Guru tak pernah ajar kan cara-cara melawan ibubapa, cara-cara mencuri, cara-cara memukul orang, cara-cara menipu orang bawahan kita, tak ajar kan ? Semua yang guru curahkan kepada kita adalah ilmu yang berguna. Guru bersusah payah mengajar kita, membentuk modal insan yang berjaya demi kepentingan Negara Malaysia supaya sentiasa aman dan damai. Supaya orang luar tidak boleh menipu kita dengan sewenang-wenangnya. Tapi… dengan pucuk pimpinan kita tertipu. Ohh tak apa, itu cerita lain. Bukan silap guru, hehe.

Tolong adik-adik abg Hafiz yang chomel-chomel. Hormati guru kita. Hargai guru kita. Mereka tidak salah. Cukuplah menyalahkan mereka. Kalau kita tidak pandai bukan silap guru. Tetapi diri sendiri kerana malas belajar. Imam Syafie pernah berkata, “Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”




Jadi ingin saya nyatakan disini, tanpa guru siapalah saya. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya daripada Tadika sampai sekarang. 

Terima Kasih Cikgu. J

May 15, 2014

Bekerjalah Kita

Assalamualaikum. Ingat saya lagi? Mestilah ingat. Kalau lupa tak terbaca pulak semua ini, kan. Ingat ingat jugak, sarapan jangan lupa. Penting tu. Sumber tenaga pertama untuk seharian kita. Lunch dan dinner adalah tenaga tambahan untuk kita terus aktif.

Baru-baru ini saya ada balik kampung untuk menghadiri majlis kahwin kawan sekampung. Saya ada ke rumah kawan baik saya. Dia ada seorang adik yang rapat dengan saya. Lelaki. Sepanjang saya ada dikampung, apabila jumpa dia mesti dia akan senyum dan lari dari saya. Pelik juga. Tak pernah sebelum nie jadi macam tu. Jadi saya fikir balik, mungkin saya ada buat silap dengan dia. Mungkin dia ada terasa dengan saya. Entahlah. Tak dapat difikirkan.

Hari ketiga saya ke rumahnya lagi. Mahu memindahkan data gambar akad nikah kawan saya kedalam laptop saya. Terjumpa dia lagi, dia senyum. Tak sempat saya membuka mulut dia naik motosikal dan lari. Esh budak nie, apa masalahnya tu. Tak sampai 15 minit dia datang balik sambil senyum-senyum kambing. Tak sempat saya bertanya dia berkata, “Mesti ko bosan tengok muka aku kan? Asal ko balik aku masih dikampung. Asal ko balik aku masih belum keluar kampung, hehe.” Laaa.. itu ropenya masalah dia.

Jadi saya hanya tersenyum. Tak terkata. Speechless. Nak tahu sebab apa dia kata macam tu? Sebab sebelum nie saya ada face-to-face dengan dia. Saya ada tanya kenapa tak keluar cari kerja. Asyik duduk dikampung buang masa. Jangan jadi macam orang lain, hanya mengharapkan ihsan keluarga sendiri. Cari diri sendiri, bantu keluarga. Kita kan anak, takkan dah besar panjang masih memerlukan ‘jagaan’ keluarga. Kita kan berpelajaran. Cari lubang-lubang kerja yang boleh memberikan kita hasil yang halal. Walaupun kerja itu tidak besar gajinya, janji kita ada sedikit simpanan. Yang mana boleh digunakan jika keadaan terdesak. Dia hanya diam sambil merenung saya.

Sebelum ini saya ada bekerja sambilan dalam bahagian Perhotelan. Saya mengajaknya supaya bekerja bersama daripada duduk goyang kaki dikampung. Dia turut serta. Selepas tiga bulan bekerja, saya berhenti atas sebab ingin sambung belajar. Tinggal lah dia seorang disana. Tak sampai setahun dah berhenti. Ewah. Bertanyalah saya kenapa dia berhenti. Dijawabnya “Kamu berhenti boleh je, aku pun boleh lah berhenti.” Aii budak nie, kita berhenti sebab nak sambung belajar, dia suka-suka pulak. Sebab itulah saya face-to-face dengan dia.

Kita datang kerana hendak membantu. Tapi baguslah dia. Saya lihat ada usahanya untuk cari kerja. Maknanya kata-kata saya sebelum nie tidak seperti mencurah air ke daun keladi lah, kan. Bagus bagus bagus. Awak-awak semua yang masih duduk dirumah dan masih mengharapkan ihsan keluarga, keluarlah cari kerja. Boleh juga bantu keluarga walaupun sikit. Ehh besar pahalanya kalau bantu ibubapa nie tau. Bukan main-main.

Saya nie bukanlah siapa-siapa nak suruh awak semua. Tapi hanya boleh menasihat. Yang mana cantik itu ambil, yang mana buruk itu buangkan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti suatu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” Jadi hendak menjadi mukmin yang sejati, maka bantu membantulah antara kita. Hehe. Bukan ustaz. Kita nie macam nie lah, bila ada orang bagi ceramah sikit dah digelar ustaz. Aduh.. buang-buanglah pemikiran tersebut. Ketinggalan zaman bak hang..


Fikir-fikirkan. J

May 14, 2014

Perihal Masalah dan Teman.

Assalamualaikum buat semua. Semoga sehat sejahtera hendaknya. Pagi nie kata bangun tidur bagaimana rasanya? Masih berfikir tentang masa semalam, masih bersedih tentang peristiwa semalam? Sudahlah tu.. Apa nak difikirkan lagi. Bina matlamat baru. Bersama-sama. Saya ada benda nak bagi dekat awak semua. Tapi janji, dapat benda nie kita kongsi ramai-ramai. Biar semua orang dapat. “Benda yang lepas ndak usah dikenang lagi.” Opss.. Opsss... Jep Sepahtu yang bagitahu. Saya sampaikan aje, hehe.

Baru-baru ini saya ada terbaca update status di rangkaian social WeChat daripada kawan sekampung saya. Beliau nie boleh dikata tak pernah update tentang kesedihan. Apa yang muncul semua kegembiraan kebahagiaan dan kenakalan. Tapi tiba-tiba berita sedih muncul. Ingat saya kata tempoh hari? Kesedihan tak akan berpanjangan, kegembiraan tak akan bertahan untuk selamanya.

Saya rasa macam tak sedap hati melihat gelagat beliau. Jadi saya cuba hantar pesanan ringkas. Tapi bukan menggunakan nombor saya. Saya tahu saya takkan dapat tahu apa masalahnya jika saya guna nombor saya sendiri. Dalam beberapa minit berbalas lah pesanan ringkas saya tadi. “Aik, sapa nie? Sorry.. nombor dalam fon lama, lupa nak copy. Anis okey jer, apa-apa pun kena kuatkan semangat.” Haa.. itu memang betul-betul dia dalam masalah. Perempuan, jika diberi kasih, akan dibalas kasih. Walaupun dia tak tahu siapa sebenarnya saya. Saya pun balas balik pesanan ringkas tadi dan menyatakan saya kawan lama beliau. Terus bah.. mengelabah. Ehh Anis okey, Anis okey. Hehe. Permainannya.

Ingat ye lelaki, jika perempuan tak mahu bercerita. Biarkan seketika. Give time to her. Petang tersebut dia hantar pesanan ringkas kepada saya. Bertanyakan dimana saya. Haa.. Nampak tak hasilnya? Saya tak tippuu ooo.. Saya tak membalas pesanannya sebaliknya terus menelefon. Langkah pertama nak korek rahsia orang, jangan terus tanya. Mula-mula cuba bertanya khabar dia, sembang tentang perkara yang boleh buat dia tersenyum, tanya status kerjayanya. Dan cuba ambil masa sebelum bertanya perihal masalahnya. Ingat, lain orang lain caranya.

Mungkin sebab lama berjauhan, lama tidak bersua muka. Dia jadi malu untuk bercerita. Langkah yang kedua, jangan serius ketika bertanya tentang masalah dia. Cuba selitkan jenaka supaya situasi tidak terlalu janggal. Setelah lama bersembang, dia pun cakap, “Nanti kalau jadi Anis balik kampung masa Sholehan kahwin, kita keluar dan Anis akan ceritakan semua.” Nampak tu? Langkah yang terakhir, bagi masa dan bagi peluang. Jangan memaksa dan jangan menduga. Bahaya.

Sesetengah manusia akan rasa janggal jika masalah peribadinya diceritakan kepada sesiapa dalam masa yang singkat. Jadi bagi masa. Jika kita orang yang betul untuk dia meluahkan masalahnya, kita akan berpeluang mendengar. Jika tidak, mungkin kita bukan orang kepercayaannya.


Be a Gentle, Man ! J

May 13, 2014

Sahabat

Setiap manusia secara kasarnya pasti memiliki teman. Setiap insan mempunyai sahabat. Sahabat dimana kita boleh meluahkan setiap rasa manis pahit masam dan masin. Sahabat dimana kita boleh bergantung kepadanya disaat kita sangat-sangat memerlukan. Sahabat dimana kita boleh berpegang disaat kita hampir terjatuh. Sahabat yang mana akan memapah kita supaya kita teguh berdiri kembali. Sahabat yang mana tidak akan menceritakan keburukan kita dihadapan teman yang lain. Itulah sahabat.

Mencari sahabat tidak semudah mencari kekasih. Mencari sahabat tidak semudah mencari kawan. Mencari sahabat tidak semudah a, b, c. Sahabat yang sejati tidak akan membiarkan kita berseorangan didalam gelap gelita. Dia pasti tampil memberikan bantuan walaupun kita tidak pernah meminta. Dia pasti akan hadir untuk meringankan bebanan kita supaya kita terus maju melangkah.

Sahabat yang baik tidak akan membiarkan kita menitiskan air mata tanpa sebab. Sahabat yang baik tidak akan biarkan kita kebasahan berseorangan. Dia muncul untuk menangis bersama. Dia tampil untuk mengeringkan air mata kita.

Sahabat yang setia tidak akan membelakangi kita. Sahabat yang setia tidak akan memusuhi kita dalam diam. Dia akan selalu mendengar segala idea yang hadir daripada kita. Dia akan selalu melemparkan senyuman walaupun didalam kedukaan.

Susah senang kita dialah yang berada disisi. Jatuh bangkit kita dialah peneman setia. Menghargai sahabat adalah satu usaha yang murni. Sahabat tidak akan meminta balasan. Cukuplah sekadar dihargai.


Kenali sahabat, Hargai sahabat. Salam persahabatan. J

May 11, 2014

Kelulusan daripada Tarbiyyah Kreatif Consultancy.

         Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian. Pagi yang cerah lagi indah membawa seribu makna buat kita yang kerdil di Bumi ALLAH S.W.T. Pagi nie dah bersihkan diri ka belum? Bawak-bawaklah mandi, bersihkan apa yang patut. Cuti? Taulah duk rumah aje, mandilah jugak. Kang ada orang datang ziarah sia-sia ja kalut. Malu kat orang eh.

            Hari nie saya nak kongsi sikit cerita yang gembira buat saya dan anda-anda semua, hehe. Pernah dengar tentang Tarbiyyah Kreatif Consultancy? www.tarbiyyahkreatif.com. Kumpulan dakwah masa kini. Juga menawarkan program-program motivasi dah kerohanian yang menggunakan seni digital. menarik bukan? Ada account Facebook? Takkan tak ada kan. Semua orang maju sekarang, tak mungkin tak ada Facebook. Tarbiyyah Kreatif nie banyak menghasilkan video-video dan gambar-gambar yang sangat kreatif dan bergiat aktif dalam Facebook. Tapi, bukan gambar dan video yang mengarut tau. Gambar dan video tentang dakwah Islam. Alhamdulillah.



            Page ILUVISLAM dalam Facebook juga salah satu partner Tarbiyyah Kreatif dalam memartabatkan Islam dan mengajak anak-anak muda seperti kita dekat dengan Islam. Takkan tak pernah tengok. Awak-awak nie benda yang baik macam nie janganlah buat-buat tak tahu. Ambil tahu. Tapi saya yakin awak semua pernah tengok dan pernah baca kan. Bagus. Thumbs up!

            Beberapa hari yang lepas, saya ada berchatting dengan salah seorang ahli Tarbiyyah Kreatif. Kebetulan, dia tu adalah senior saya ketika belajar di Kolej Islam Sains Terengganu, dari tingkatan satu sampai tiga dan Kolej Islam Sains dan Teknologi, Bachok Kelantan. Dan dia juga adalah Pengarah Urusan didalam Tarbiyyah Kreatif Consultancy. Saya ada mintak kebenaran beliau untuk menggunakan gambar-gambar kumpulan Tarbiyyah Kreatif kedalam blog ini. Pada mulanya dia tanya, “Untuk apa nak gunakan gambar-gambar tu?” Saya dah cuak sedikit takut tidak dibenarkan.

Tapi niat yang murni takkan ditolak, selepas menyatakan hasrat saya akhirnya dia bersetuju, dengan syarat. Apa syaratnya Fiz? “Hafiz jangan edit gambar-gambar yang Hafiz nak guna. Sebab gambar-gambar tu bukan abang sorang yang buat, hasil ahli-ahli group Tarbiyyah Kreatif.” Saya jawab baiklah. Hehe.

Jadi kelulusan sudah dapat. Lepas nie adalah gambar-gambar yang menarik dalam blog nie. Bukan sekadar tulisan saja. Tak gitu? Apa yang menarik gambar-gambar Tarbiyyah Kreatif nie? Banyak sedara, ada avatar-avatar yang cantik siap dengan hadis-hadis. Bagus. Nanti saya tunjukkan satu.



Berbekalkan inspirasi  baru nie, tak adalah saya duk mengarut sangat dalam nie kan. Mengarut sangatkah beta ini ? Eihh Eihh Eihh Eihh.. Cobaann..


Have a Nice Day Fellas ! J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...