Feb 22, 2014

They Got Married.

Agak lama juga kan saya ndak mengupdate ini belog. Ndapapa bah. Small da pieces. Opss ! Terkeluar nah Sabahku, hoho. Biasalah, cerita terbaru nie berkenaan orang Sabah. Jadi bahasa pom jadi lain jua ani. 


Haa ! Ini Ceritanya. Ini kakak aku. Yang sebelah die tu opkos la suaminye, hehe. Ceritanya ani berlakunya di Negeri Dibawah Bayu ba. Tanggal 10 December 2013 bersamaan hari Selasa. Tahun lepas tau. Tapi baru ade kesempatan untuk dikongsikan dengan korang semua.

Amalina dan Aizat. Double A. Yang aku tahu, hanya keluar bersama sebanyak lima kali sahaja semenjak mereka bertunang. Sebelum tu tak pernah rasanya. Bagus. Baru orang panggil cinta selepas nikah. Ye dak ?

Apa apa pom aku bersyukur kerana majlis kakakku berlangsung tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Walaupun pada hari berkenaan teramatlah penat. ( acting penat mane tahu tuan punye badan baca, boleh jugak upah, hehe. )

Ohh, ade yang menarik minat aku selamat majlis 3hari 3malam atu. Iaitu budaya orang disana dan juru kamera kakakku. Fuhh, penat melayan bos. Dalam bahasa Terengganunya " Dok dang nok epek boh. "

Budaya orang disana sangat menarik. Disemenanjung kebiasaannya majlis akan berlangsung selama satu hari satu malam. Tapi disana, tiga hari tiga malam.  Ada Empat majlis utama iaitu Nikah, Mengelupis, Berinai dan Bersanding.. Majlis kakak berlangsung pada 10hb, 14hb dan 15hb. Asalnya 13hb, 14hb dan 15hb. Tetapi oleh kerana ade sesuatu yang tidak dapat dielakkan, maka tarikh Menikah diperawalkan. Maka masalah pom berlaku kepadaku kerana tiket flight aku pada 12hb. Oleh sebab yang demikian, terpaksalah aku menukar tarikh kepada 9hb. Dalam bahasa yang mudah, membeli tiket lain, hehe. Kena main aku dengan Si Shukri. Tapi tak ape, aku dah kena main jadi aku mainkan pulak kakak aku dengan si Shukri ini. Aku cakap flight aku turun 12hb. Aku tak cakap aku balik 9hb. Maka semua terkejut bila aku balik, haha.

Ok berbalik kepada majlis. Majlis Pertama ialah Menikah. Semua tahu kan, jadi tak perlu diceritakan kerana semuanya selamat.


Rasa macam nak menikah jugak nie, hoho. 


Yang baju kuning nie abah aku. Ini baru Gentle nikahkan anak, hehe.


Haa, yang berbaju kuning kuning oren dan bertudung oren itu Ummi kesayanganku.

Majlis Kedua adalah Mengelupis. Orang Semenanjung jarang dengar kan ? dan mungkin juga tidak tahu. Oke, Mengelupis nie macam ketupat. Pada siangnya, orang reramai datang menganyam Kelupis nie.


Ani nya bah Mengelupis. Macam di Semenanjung kita menganyam ketupat. Lebih kurang la tu, hoho. Pada malamnya pulak, acara Mendadih akan dilakukan. Iaitu Kelupis yang dianyam tadi akan dimasak didalam kawah untuk dihidangkan pada esok hari dalam majlis Berinai. Got it ? Biasala aku, bab bab memberi keterangan nie kureng sikit.

Majlis yang seterusnya sama seperti di Semenanjung iaitu Bersanding, menjadi Raja Sehari. Aku rase itu sahaja kot untuk entri nie. Nanti ade nasi tambah kita tambah lagi ya ? hehe.


Semoga Berbahagia ya Kakak !

Apr 3, 2013

Dia seorang FOTOGRAFER.

Seorang kawan. Dia seorang fotographer bertauliah sama seperti aku dan kawankawan yang lain. Dulu ada membentuk satu kumpulan Fotografer. Aku yang bertanggungjawab memilih ahli. Aku sengaja tidak memasukkan namanya dalam kumpulan itu. Kerana apa ? Kerana aku dah boleh baca perangai dia semenjak di Batu Buruk Beach Resort dulu.

Dia memang berbakat dalam bidang fotografi. Aku memang respect. Solute bro. Tapi aku tak berkenan perangai dia. 

Aku bukannya kejam tak mahu masukkan nama dia. Tapi naluri kata jangan dulu. Cewah. Biarkanlah. Perkara yang lepas jangan dikenang.

Tapi sekarang selepas beberapa bulan, aku nampak perkembangan dia. Sangat Mantop, Bro. Dia memang berbakat. Bukan saja komposisi gambar yang mantop. Malah, teknik editing dia pun sangat membanggakan. Kalaulah dia bukan dia. Wow, aku dapat bayangkan yang "Syndicate Photo Youth" dapat berkembang lebih hebat lagi. 

Papepun, tahniah bro. Gua bangga sama lu walaupun perangai lu macam harem. Gua bangga cuma pada bakat lu je. Tak lebih tau. 

Sahabatsahabat pembaca sapa yang ada majlis perkahwinan dan masih kaburkabur dengan fotografer boleh PM gua. Kita boleh hantar beliau atas dasar Profesionalism. Gua jamin korang semua akan berpuas hati.

Mar 18, 2013

Karma.

Kite senangsenang je mengkhianati orang. Menzalimi orang. Mungkir janji. Buat orang sakit hati. Ambil barang orang. Menfitnah orang. Mengadili orang sesuka hati. Kita rasa kita bos kan ?

Sedarkah kita bahawa Allah S.W.T itu Maha Adil ? Setiap apa yang kita buat secara automatiknya akan berbalik pada kita sendiri ? Bila tiba waktu itu, baru kita tahu apa yang orang rasa. Baru kita tahu betapa sakitnya hati orang. Dan baru kita tahu betapa jahatnya kita. Zalim nya kita.

So, sebelum melakukan sesuatu, fikirkan akibat dikemuadia hati supaya kita tidak lalai.

Selamat Pagi warga Blogger ~

Feb 23, 2013

Jangan Sampai Semuanya Tergadai.

Dulu aku langsung tak minat pasal nie. Tak minat sangat - sangat dan aku harap aku tak akan terlibat. Tapi bila dah jadi macam nie, kesedaran itu muncul dengan bergayanya. PILIHANRAYA UMUM. 

Ye, Pilihanraya. Dulu aku kurang sikit kalau bab - bab mengundi nie. Bagi aku, aku tak ambil port pom tak pe. Sape lah aku kan? Janji Malaysia tanah tempat aku membesar nie yang mana negara aku yang terchinte nie aman, damai, makmur.

Tapi sekarang ? macam hampeh. Orang yang berkuase tu satu hal. Nak rebut kuase la, gila kuasa la, hape lah, lantak diorang. aku sebagai orang bawahan tak layak nak g ketuk kepale sorang - sorang. Bikin malu otak letak kat lutut. puii. Yang aku bengang nya orang - orang bawahan nie. Tak sedar ke korang ? tak terase pape ke korang yang Malaysia nie makin lama makin terok ? Aku kalau jadi orang luar, aku tepuk tangan dah oii. Sedar la wahai Rakyat Malaysia !!

Nak berkempen tu, berkempen lah. Nak menegakkan pape pom, tegakkanlah. Tapi, fikir dahulu baru buat. Kan merempat kat negara sendiri. Korang mau ka ?
 
Aku nie bukanlah arif sangat pasal politik, tapi sendiri mau ingat lah. Bukan semua parti kat Malaysia nie sempurna. Ade betol ada yang tak betolnya. Jangan kerana politik kita jadi tak betol. Semua parti ade kelebihan masing - masing. 

Nak sokong yang ini, kite nilai la dulu. Jangan tengok yang ini je betol dan yang itu salah. Ape yang ini buat semua betol walaupom salah. Tapi bila yang itu buat semua salah walapom betol. Tak kena lah kalau macam tu. Sampai bila kita nak maju. Ye dak?

Ade yang sampai tabur fitnah merata - rata. Korang nie nak kate bangang, semua ada pendidikan. Tapi buat kerja tak telus. Puii. Siap Para Ulama' pom kena fitnah. Ape tu semua baii? Korang nak Malaysia nie kena bala dari Yang Maha Esa ka? Hah? Mau? 

Tapi Berita TV3 wa memang tak sokong. Hancur ! Malas lah nak cerita panjang. Kang tak pasai aku kena saman. HHAHA.

Ingat wahai Sahabat yang bijak pandai sekalian. Fikir, Nilai dan buat keputusan. Undian anda adalah rahsia.
Jangan kerana kita, Maruah, Agama, Negara, Keamanan, Ketenteraman kita semua Tergadai. I LOVE MALAYSIA !

Feb 2, 2013

Aku Bukan Seorang Blogger.

Hai Assalamualaikum.

Sehat? Mudah Mudahannya. InsyaAllah. Mase cuti, kebiasaanya korang buat ape? Lepak? Tidur? atau tolong keluarga? Buatlah perkara yang berfaedah. Paling tidak pom jangan buat perkara yang menyusahkan orang laen. Fikir kehadapan sebelum buat sesuatu.

Baru - baru nie ade orang cakap kat aku yang blog aku dah berhabuk enam inci. Wow. Berhabuk sangatkah? Tak sampai setahun pom aku tak update blog aku. hehe.

Aku sebenarnya bukan penulis blog yang tegar. Aku buat blog nie sekadar suka - suka. mengisi masa lapang. Tak terlintas langsung nak jadikan blog aku fofiuler. Aku akan update blog aku time aku betol - betol tak tahu nak buat apa. Hah mase tu lah blog aku muncul. Kiranya blog nie adalah penyelamat terakhir hidup aku yang bosan. kehkehkeh.

Sebab tu lah aku bagi penulis laen masuk conteng - conteng blog aku. Tapi tak jalan jugak. Same je. Macam aku sorang je yang duk ade. Hampeh. Kalau ade sape - sape yang nak masuk conteng - conteng jugak cakap lah. Serius. Tiada bayaran dikenakan. Asalkan jangan terlalu mengarut. 

HOHOHO. Lai Lai Lai.

Jan 15, 2013

Exam ditunda . Camping di Musim Tengkujuh .

Selama dua minggu lebih aku struggle gile - gile sebab tak nak jadi macam senior - senior aku. Alih - alih pagi tadi ,
"Pagi nie saya ada dua berita buruk tuk anda semua. Satu, exam kita akan ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Kedua, musim - musim hujan macam nie, bos besar korang mahu buat camping kat OBS. Mohon semua terima dengan hati yang terbuka."
Okeee. Niceee. Tarikh yang akan dimaklumkan kemudian ? Relevenkah ? exam penting macam tu dia kate nak maklumkan kemudian ? Wow! aku betol - betol terkejut. Tarikh yang sepatutnya ada exam akan dipenuhkan dengan camping ? Hujan - hujan camni ? Itu lagi hebatt ! haha.

Bila tengok tentatif program yang diedarkan tadi, no wonderlah kenapa musim hujan diorang nak buat camping. Semua aktiviti berasaskan air. Yeahhh! Itu yang terbaekkkk! Kehadiran adalah diwajibkan. Ini sangat seriosss. Woott! Woott!

Jan 14, 2013

Dulu di Semenanjung. Sekarang ia melanda Kepulauan Borneo .



Ambik kau gedabak aku bagi. Hahahaha.

Bulan lepas, hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia mengalami Musim Tengkujuh yang agak teruk. Kadar penduduk yang berpindah akibat banjir meningkat. Tapi Alhamdulillah semua sudah berakhir, bukan ?

Sekarang ia sudah muncul di Kepulauan Borneo. Sejak petang semalam sehingga malam nie jam 20.44 hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Sampaikan jiran depan rumah tak bukak tingkap langsung hari nie. Satu perubahan yang drastik. Biasa dapat tengok tayangan free. Hari nie tutup pulak. kehkehkeh.

Kawan aku cakap tadi, yang mana beliau berasal dari sabah, kebiasaan musim Tengkujuh disini akan bermula bila musim Tengkujuh di Semenanjung berakhir. Agak teruk juga Tengkujuh disini. Hujan jarang - jarang berhenti. Tetapi tidak seteruk di Semenanjung. Banjir ada juga berlaku, tapi sesetengah tempat sahaja seperti Beufort. Oleh kerana kebanyakan tempat kat sini tinggi - tinggi semua, jadi susah untuk ditenggelami air. Alhamdulillah. Kadar kebimbangan dalam diri turun 50 peratus.

Tapi ape yang masih dibimbang lagi disini adalah jalanraya. Ya jalanraya. Aku menggunakan jalanraya yang sibuk seperti di Kuala Lumpur untuk pergi dan balik dari kelas hampir setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Keadaan jalanraya disini tidak sama seperti disemenanjung. Itu yang membuat hati ini bimbang. Cewah.

Kawan - kawan. Doakanlah ye.

Ya Allah. Selamatkanlah Tuan punya blog nie dari bala bencana Mu Ya Allah. Tempatkanlah beliau dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah.

Terima Kasih Daun keladi lah semua blako - blako deh. Muahhh! hehe.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...