Jan 15, 2011

Accident and Emergency ( A&E )

Ehem..Ehem.. ( Sound check sound check )
Assalamualaikum salam sejahtera salam hormat dan salam bahagia..

Malam kelmarin ade sorang lagi Hamba Allah pm dalam inbox ana.. Hamba Allah nie tanye pasal deparment Accident and Emergency ( A&E )..Sebelum ana terangkan, ana nak kasi tau kat Pembace-pembace blog bahawasanya ana hanya seorang pelajar Jurusan Diagnostic Radiography.. So, kalu ade salah silap ape yg ana tulis nie nk pohon beribu kemaafan sebab ana cume belajar sikit je tentang deparment laen..heee~


***
A&E
Untuk makluman semua, Jabatan Kecemasan di semua hospital akan beroperasi 24jam setiap hari. So sape-sape yang rase ade kecemasan tu bolehlah datang ke Jabatan Kecemasan bila-bila masa ( tidak termasuk bagi mereka yang sakit perut nak uk uk ok ). Kat luar jabatan tu ade Kaunter, petugas saringan atau petugas triage yang duk lepak kat kaunter tu. Bila korang pergi kat A&E petugas nie yang duk saring korang terlebih dahulu sebelum bawak masok dalam. Interaksi korang membolehkan diorang buat penilaian awal dan menyesuaikan permasalahan kecemasan dan jenis rawatan yg akan diberikan pada korang..So kalau dah rase sakit sangat2 tu jangan duk buat muke cantek lagi, buat muke betul2 sakit baru org semangat nak tolong.

A&E ade 8 PitStop iaitu :-
  1. Kaunter Saringan Awal ( Primary Triage )
  2. Kaunter pendaftaran
  3. Kaunter Saringan lanjutan ( Triage Sekunder )
  4. Zon Bukan Kritikal ( Zon Hijau )
  5. Zon Separa Kritikal ( Zon Kuning )
  6. Zon Kritikal ( Zon Merah )
  7. Ruang rawatan Asma
  8. Ruang Menunggu
1. Saringan Awal
  • Petugas akan saring anda terlebih dulu atau buat perawatan kecemasan (  jika korang teruk sangat lah sakit tu )
2. Kaunter pendaftaran
  • Biasanya waris yang akan diminta ke kaunter pendaftaran tuk daftar korang.
3. Kaunter Saringan Lanjutan
  • Kaunter nie bagi pesakit yang tidak kritikal, akan buat saringan lanjut seperti blood pressure, kiraan nadi, bacaan suhu dan skala kesakitan.
4. Zon Bukan Kritikal ( Zon Hijau )
  • Menempatkan pesakit-pesakit yang stabil dan kecemasan tidak serius serta tidak melarat.
5. Zon Separa Kritikal ( Zon Kuning )
  • Menempatkan pesakit-pesakit yang serdehana stabil tetapi serius dan berkemungkinan bertukar menjadi serius dalam masa pendek.
6. Zon Kritikal ( Zon Merah )
  • Menempatkan Kes kritikal atau kecederaan trauma dan boleh mengancam nyawa serta memerlukan rawatan segera.
  • Pesakit akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ( ICU ) atau kawasan kritikal di wad selepas proses stabilisasi.
7. Ruang Rawatan Asma
  • Pesakit yang mengalami serangan asma akut atau mendadak selepas melalui proses saringan awal akan dihantar ke ruang rawatan khusus untuk pesakit asma. Walaubagaimanapom bergantung kepada tahap ketenatan asma. Untuk kes serius, pesakit akan dihantar ke zon-zon rawatan yang lain.
8. Ruang Menunggu
  • Lupe nk cakap kat korang, bagi pesakit yang tidak kritikal, no giliran akan diberikan.
  • Ruang menunggu nie beselah.. jgn buat2 xtahu.
Kalau korang nak tahu.. A&E sekarang sudah bertukar name kepada T&E iaitu Trauma and Emergency..
Semoga pengetahuan yg diberikan dapat dimanfaatkan dengan sebaek-baeknya jika berlaku sebarang kecemasan.
aDiOs!

PESANAN UNTUK HARI INI**
  • Kalau korang nak tnye pape..pm la ana..InsyaAllah selagi terdaya ana akan usahakan..
  • Pandu cermat jiwa selamat.
  • ingatlah orang yg tersayang.
  • Selamat!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...