Jul 6, 2012

Doktor diperlukan SEGERA.

Memang sejak lima bulan yang lepas lagi aku memerlukan Doktor yang berkaliber tinggi. Tapi asyik delay, delay dan delay. Amboii dah macam flight nak delay.

Dan sekarang, oleh kerana faktor delay berkenaan. Perkara yang mungkin dahulunya boleh dicegah kini tidak boleh diselamatkan lagi. Hanya boleh diselamatkan jika dioverall semula. Huh, sedih.

Laptop aku nie sebenarnya dah nazak tahap cipanzi dah. Nak start ambil masa lima minit baru window bangun. Nak bukak folder ambil masa 2 minit baru terbukak. Tengok movie dah macam tengok videoclip dalam Youtube. Lekat, lekat dan lekat.

Ade sape-sape kat sini yang tahu penyakitnya? Antara dijangkiti virus atau 'hardware problem'. Semalam aku pergi ke kedai laptop kat sini, hajatnya nak format balik. Tapi bila tanya harga, RM100 sekali format. 
. . . . . . . . Choiiii! mahal nak mampos. 

Mintak tolong sape-sape yang tahu penyakitnya. PM lah aku yer. Mintak tolong ikhlas nie. Ohh lupe nak cakap. Sejak beberapa bulan yang lalu. Aku memang tak pakai antivirus. Sekian.


Jul 5, 2012

Wanita, Please Take Note. Part Two.

Assalamualaikum dan selamat pagi warga blogger.

Ingat lagi entri ini ( Wanita, Please Take Note. Part One. ) 
Entri kali nie sambungannya. Aku lambat update sebab aku lupe. Naseb baek ade orang PM aku tanya tentang sambungan die. Die cakap die nak tahu. Macam kena kat batang hidung je? HAHA.

Oke.

Pada entri lepas aku ade cakap kan tentang wanita yang bajet good-good tu kan? Bajet cantik body solid boleh nak maen-maenkan lelaki.

Sebenarnyakan wanita-wanita yang berada diluar sana. Aku ada pengalaman tentang wanita yang macam nie. Sebab tu aku berani nak cerita kat sini. Benda nie bukan jatuh atas diri aku. Tapi jatuh kat kawan baek aku.


#1
Peristiwa nie berlaku kat kolej tempat aku belajar dulu. Wanita nie bernaseb baek kerana sedar serta-merta sebelum berlaku perkara yang tak diingini.
Cerita die macam nie.

Wanita tu sekelas dengan kawan serumah aku. Kawan serumah aku selalu cerita kat aku yang wanita tu memang cantik. Semua lelaki memang tergila-gilakan beliau. Sampaikan ade yang sanggup keluar belanja ratusan ringgit sebab nak pikat wanita nie. Tapi wanita nie licik. Bila dah dapat ape yang die nak, die blah macam tu je. Sape tak hangin bai? Tapi kalau nak diikutkan, dua-dua bodoh.

Satu hari, sorang kawan aku yang sekelas dengan wanita nie dah hangin benar dah dengan perangai die. Tak makan tegur orang sekeliling. Die datang kepada wanita tersebut dengan muka biasa. Tersenyum-senyum. Wanita nie pom layan macam biasa. Dan terjadilah perbualan seperti ini. ( Bukan seratus peratus tepat ape yang mereka bualkan tau. )

L : Lin ( Bukan nama sebenar ), awak memang suka dengan kerja awak tu ke?

W : Kerja apa Bob ( Bukan nama sebenar ) ?

L : Maenkan perasaan orang tu?

W : Ala, Bob. Kau kisah ape kaen orang. Jaga lah kaen tu sendiri. Hidup aku, aku punya suka lah.

L : Ye la kan Lin. Hidup kau. Bukan hidup aku kan. Kau maen-maen dengan perasaan orang. Kikis duet orang. Lepas tu kau belah bodoh macam tu je. 

W : Hah. Dah tau bukan kisah kau yang kau nak menyibuk nie pasal? Dah tadek kerja sangat dah ke?

L : Bukan nak menyibuk, Lin. Tapi hati-hati lah ye, Lin. Hidup cuma sekali je. ( Muka memerli )

W : Eh, Bob. Laen je ayat kau nie.

L : Takde lah, Lin. Aku nie kawan kau. So, aku nak bagitahu lah sikit. Lin, cuba kau bayangkan. Suatu hari nanti, bila kau jalan sorang-sorang kat mana-mana tetiba ada orang culik kau. Dia rogol kau bergilir-gilir dengan kawan-kawan dia. Dia amek video dan jual merata-rata. Dan yang paling sadis, lepas diorang rogol kau bergilir-gilir, diorang seksa kau. Lagi dasyat kalau diorang bunuh kau dan humban kau kat mana-mana.

W : Gulp! Bob. Kau buat aku takut lah.

L : So, Lin. Berhati-hati lah ye. Kau tu muda lagi. Cantik. Bijak. Jaga diri leklok.

Bob bangun dan terus blah. Meninggalkan Lin terkebil-kebil memikirkan cerita Bob tadi.

*Wanita nie bernaseb baek sebab secara serta merta dia berubah. Alhamdulillah. Dia sekarang da pandai hormat orang, jaga tingkah laku.



Nota Kaki : Hidup kita atas Bumi Allah nie cuma sekali. So, pandai-pandailah jaga segala-galanya. Jangan sampai ada orang menyimpan niat dendam terhadap kita.

Haffez : Ini cerita betol tau. Aku tak maen-maen. Sumpah. Ada lagi satu cerita. Cerita nie lebih menarik. Tapi aku tak dapat cerita terus. Dah panjang sangat dah. Kang ade yang tertido bace entri aku nie. Laen waktu pulak ye! Papai~

Jul 4, 2012

Toyota 86. Cekidoutt!

Assalamualaikum salam hormat salam bahagia salam cium tangan ibu bapa.


Pagi Rabu yang indah lagi bahagia ini aku nak kongsi sikit sebanyak tentang idaman baru aku. hakhakhak.



ALL-NEW TOYOTA 86









Amacam?
Menyirap tak tengok gambaq?
Kereta nie bakal masok cerita Initial D yang baru.
HAHA.

Nie baru tengok gambar. Tak duduk dalam dan pandu lagi. Harga setakat nie RM 243 000*.
Haishh. Dapat satu nie berduyun amoi aku bawak naek nie. hekhekhek. So, korang nak satu tak? Nak aku nak tolong tempahkan. hihi


*  Harga atas jalan termasuk insuran untuk transmisi manual kat Peninsular Malaysia.

Haffez : Tunggu 20 tahun lagi aku angkat satu. Kalau ada rezeki. InsyaAllah. Doa-doakan ye!

Jul 2, 2012

Aku dah jadik Bapak!

My First Hero was Born at May 28, 2012 !
Awesome!
HAHA!

AHMAD AKID DARWISY. Hero pertama aku yang telah dilahirkan oleh Azlina Azman pada 28 Mei 2012. Ingat lagi pasangan pengantin yang aku post dalam entri yang lalu?

Inilah hasilnya. hihi

* AHMAD AKID DARWISH *

COMEL macam bapak saudare die kan?. hihi

Tapi aku nak mintak jasa baek kawan-kawan tolong doakan supaya Darwisy sehat dan dirahmati Allah kerana asyik demam. 33 hari suda. Darwisy tak dapat terima susu ibunya kerana aku pom tak tahu kenapa. Bila isap susu ibu die, Darwisy kompem muntah, demam dan bla bla bla.

Berat Darwisy semasa dilahirkan 2.5 Kg. Tapi sekarang sudah up 4.2. Hihi. Sehat dalaman hero aku nie.

KEEP IT UP, HERO!!

Nanti umur Darwisy setahon aku upload lagi gambar die.
kkuikuikui.







May 24, 2012

Pengalaman Kedua.

Ini antara pengalaman kedua aku berkerja di tempat orang sendirian tiada teman. Sadis dooo. Kalau di ikutkan hati ini. Kompem - kompem aku blah terus nie. Kusut.

Orang kata bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Aku pegang kata-kata nie. Tu yang buat semangat aku nak kerja berkobar-kobar balik. hehe. 

Kalau nak diikutkan hati, memang aku nak sangat duduk rumah goyang kaki. Tapi dah lumrah manusia perlu bekerja tuk mencari sesuap nasi. Tak kan nak suruh mak bapak tanggung lagi kan, bro? Kalau dah kawen lagi lah besau tanggungjawab. Kan? kan? kan? Lelaki pulak tu.

Lapor diri tadi dah macam daftar nak masok kolej. Bapak serabutnya pun. Tapi dengar gaji besau, serabut pom serabut lah. Asal masyuk. kehkehkeh. ( Nak tanggung anak orang nie. )

Tapi tu lah. Manusia. Tak boleh nak susah langsung. Nak senang je kojenye kan?


Haffez : Mule-mule dah kurang semangat, berapa bulan lekat tah keje nie. huhu.




May 18, 2012

Rase macam nak buat senaman jari je. JOM!

Ish ish ish ishhh . . .

Nie blog aku ka? 

Hee~ 

Lame tak update. Asal melepak kat rumah , hotak aku tak berape nak up-to-date sangat. Hee~
Tidak menjadi masalah , hari nie aku update. kehkehkeh.

Sapa kata tak kerja dan duduk melepak kat rumah seronok ? 

Sape yang ada jawapan seronok dalam kepala tu maknanya anda seorang pemalas. Sori. Aku bukan nak kate aku rajin. Tak. Tapi apabila aku melalui pengalaman tidak berkerja dan melepak kat rumah 24 jam sehari , aku rasa macam aku nie seorang insan yang langsung tidak berguna. Otak beku , tepu dan sewaktu dengannya.

Bukan itu saja , ( cewah dah macam ucapan awam dah ) mata nie dah rase macam letak celak hasil daripada membuta. hehe. Tapi Alhamdulillah , aku dah dapat kerja. 23hb nie aku melaporkan diri. Rezeki Allah ada kat mana - mana. Cuma terpulang kepada seseorang individu untuk berusaha mencarinya atau sebaliknya. Kalau dah duduk saja kat rumah tunggu kerja datang bergolek alamatnya sampai kiamat tak sampai-sampai.

Kita pandai kan ? 

Bila sesuatu yang baek tuk kita , kita malas nak cari. Contohnya kerja. Banyak alasan kita. Kerja sekarang susah nak dapat lah , ape lah. Tetapi pada dasarnya , MALAS itu sebagai puncanya.
Akan tetapi!
Bila sesuatu itu buruk buat kita , kita rajin je cari . Kan kan kan?. Contohnya berpeleseran tanpa arah tujuan. Benda tu tak bagus tuk kita. Tuk masyarakat , tuk agama. Tapi kita rajin je buat kan?

So , aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan sekalian. Fikirlah. Pasti selamat.




Haffez : Hahaha. Sebenarnya, sebelum dapat kerja dulu, aku pom macam nie lah. hahahaha

May 5, 2012

Sorry . :-(

Wahhhh!

Blog dah berhabukk. keh3.

Sorry bro. Buzy bangat nih. Sampai lupe nak ucap. Thanks bro coz' bersusah payah bangun pepagi bute pi amek saya kat bus stop. hak3.

Good Luck in your new job. Love u. Papai~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...